Monday, July 27, 2009

Latihan Pembangunan Staf: P&P Bahasa Arab dan Pengkaedhan Tulisan Jawi


Kursus ini telah diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 26 dan 27 Julai 2009
Hari: Ahad dan Isnin
Masa: 0800 hingga 1700
Tempat: PLGDP Sungai Karangan

Seramai 17 orang warga JAPIM yang mengajar kursus Bahasa Arab dan Pengajian Islam hadir.

Dua orang fasilitator telah memenuhi pengisian perkongsian pintar dengan tajuk seperti berikut:
1. Tuan Haji Wan Mohd Badruddin bin Abd Rahman: P&P Bahasa Arab: Pengalaman di Oman.
2. Puan Hajjah Afifah binti Abu Bakar: Pengkaedahan Tulisan Jawi.

Tuan Haji Dr Ridzuan bin Ahmad telah bermurah hati mengadakan kenduri pulut durian pada petang hari 27 Julai 2009. Jazakallahu Khairan Kathira.

SELAMAT DATANG KE BLOG JAPIM IPSAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua, laman blog ini dipersembahkan untuk merakamkan aktiviti yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Jika anda mempunyai apa-apa cadangan untuk penambahbaikan blog ini, anda boleh berbuat demikian melalui mod-mod komunikasi berikut:
1. Menyatakan komen yang disediakan dalam blog ini;
2. Mengutus mesej ke peti emel tadsuki@msn.com.
3. Menghubungi blogger: Ustaz Md Zuki Bin Hashim

Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan ruang blog ini untuk kepentingan bersama.

Sekian, wassalam.