Sunday, August 22, 2010

MESYUARAT JAPIM 6/2010

Mesyuarat JAPIM Kali Ke-6 2010 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 23 Ogos 2010
Hari: Isnin
Masa: 1430
Tempat: Bilik JAPIM
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Perkara berbangkit
3. JPT Kerja Kursus dan Penggubalan Soalan
4. Agihan Jadual Waktu KDC
5. Program Ihya' Ramadhan
6. Hal-hal lain.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG IPG KSAH

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat IPG KSAH telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 22 Ogos 2010
Hari: Ahad
Masa: 1100
Tempat: Dewan Munshi

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Yang Berbahagian datuk Dr. Haili Bin Dolhan, Rektor IPG Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuan Haji Ishak Bin Abdul Manaf telah dinobatkan sebagai penerima anugerah mewakili JAPIM. Tahniah diucapkan.

Rumusan Majlis:

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang umpama buah daripada sepohon pokok yang telah bekerja kuat untuk melaksanakan semua proses penyuburan (Cik Asniza, Pengacara Majlis). Pensyarah perlu menjadi akar tunjang yang kuat agar dapat menzahirkan para guru pelatih yang cemerlang (Rektor IPG KPM). Akar dan pohon mampu kuat dan subur jika dibajai dengan berkesan (Dr. Siti Hajar).

Beberapa persoalan telah dibangkitkan untuk pengetahuan danm respon Rektor:

1. Pengganti pengarah yang bakal pencen awal September 2010 perlu berwibawa, berintegriti dan memahami situasi IPG KSAH.
2. Pengambilan guru pelatih perlu lebih teliti dan akur kepada kouta dan kelayakan calon.
3. Masalah jam bekerja para pensyarah di IPG memerlukan pertimbangan yang lebih teliti.
4. Masalah kawalan disiplin dalam kalangan pelajar perlu akur kepada pekeliling KPM.
5. Pensyarah perlu dibajai dengan prasarana yang lebih selesa agar menjadi akar tunjang yang kukuh dan bermanfaat kepada akar-akar lain (guru pelatih).
6. Perpustakaan perlu dikemaskini dengan sumber rujukan yang terkini dan muktabar.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Program Ihya' Ramadhan 1431H bersamaan 2010M telah diadakan seperti butiran berikut:

Acara: Pelancaran Program Ihya' Ramadhan
Tarikh: 10 Ogos 2010
Hari: Selasa
Masa: 0800
Tempat: Dewan Munshi IPG KSAH

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAH PUASA DAN BERGEMBIRA DENGAN KEMENANGAN PADA AIDIL FITRI.

Acara: Majlis Berbuka Puasa bersempena lawatan kerja Rektor IPG KPM Cyberjaya, Datuk Dr. Halili Bin Dolhan.
Tarikh: 22 Ogos 2010
Hari: Ahad
Masa: 1800
Tempat: Surau IPG KSAH

Acara: Majlis Berbuka Puasa dan Penutup Program Ihya'Ramadhan
Tarikh: 27 Ogos 2010
Hari: Khamis
Masa: 1800 - 2300
Tempat: Surau IPG KSAH
Aturcara:
1630 Solat Asar
1730 Tadarus Al-Quran
1830 Majlis Khatam Al-Quran
1900 Majlis Bacaan Tahlil
1935 Majlis Berbuka Puasa (Bersempena juga dengan persaraan Pengarah, Puan Hajjah Saadiah Bani)
1945 Solat maghrib
2045 Solat Isyak
2100 Solat Sunat Tarawih
2200 Tazkirah/ Ceramah Nuzul Al-Quran
2300 Bersurai

Monday, August 2, 2010

RAYUAN DERMA PEMBINAAN MASJID MADRASAH MISBAH AL-FALAH


Madrasaha Misbah Al-Falah telah diasaskan oleh arwah datuk saudara saya Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Bin Saleh pada 1958. Madrasah ini lebih dikenali dengan nama Pondok Lanai. Madrasah yang dibina dengan kayu sedang dalam peringkat naik taraf kepada masjid dengan binaan konkrik. Anggaran kos yang telah dibuat oleh pihak pemaju ialah RM 981,000.00. Sumbangan umat Islm amat dialukan. Derma boleh dilangsungkan ke dalam akaun-akuan berikut:
1. BIMB 02048010013408 atas nama Madrasah Misbah Al-Falah
2. BIMB 02048010010597 atas nama Jwt. Pembangunan Madrasah Misbah Al-Falah

100% sumbangan anda sampai kepada pihak madrasah. Tiada komisyen kepada pengutip kerana itulah salah satu sumbangan saya kepada pondok tempat lahir saya yang sekarang diterajui oleh sepupu emak saya iaitu Ustaz Md Mokhtar Bin Haji Omar Zuhdi.

Jika anda perlukan resit resmi, sila emelkan butiran berikut kepada saya:
1. Nama
2. Alamat
3. Tarikh bank-in
4. Masa bank-in
5. Jumlah dibank-in

Di atas kesudian anda menghulur derma, didahului dengaan ucapan jazakallahu khairan kathira.

Daripada,
Ustaz Md Zuki Bin Hashim
Pensyarah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah

Telefon: 019-4813565
Telefon Madrasah: 04-4791701