Wednesday, August 8, 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Islam & Moral dengan kerjasama JPP, BADAS, KKA, KKS dan Pejabat Belia Daerah akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena mengimarah dan menghidupkan budaya beribadat dalam kalangan masyarakat pada 14 Ogos 2012 (Selasa) mulai jam 4.30 petang hingga 11.00 malam bertempat di Dewan Munsyi, IPG KSAH.

Penyelaras program ialah Ustaz Ishak Bin Abd Manaf.

Aturcara majlis:

4.30 petang: Pendaftaran
                     Ketibaan jemputan
                     Ketibaan VIP
4.40 petang: Solat Asar berjamaah di Dewan Munsyi
5.00 petang: Majlis Tadarus /Khatam
6.15 petang: Majlis penyampaian cenderamata kepada peserta dan jemputan.
7.00 petang: Persiapan untuk berbuka puasa.
                     Berbuka puasa
                     Solat Maghrib
                     Tazkirah
8.45 malam: Solat Isyak
                     Solat Sunat Tarawih
                     Moreh
11.00 malam: Bersurai

Sekian, wassalam

Wednesday, August 1, 2012

IFTAR JAMA'IE BERSAMA REKTOR

Adalah dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Dr. Halili Bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membayangkan kesudian untuk sama-sama berbuka puasa bersempena Program Iftar Jama'ie peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada 6 Ogos 2012 bertempat di surau IPGKSAH.

Seluruh warga IPG KSAH dijemput hadir bagi meraikan kunjungan Yang Berbahagia Rektor.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang bertanggungjawab mengetuai pengelolaan Program Ihyak Ramadhan mengucapkan Selamat Datang kepada Yang Berbahagia Rektor serta merakamkan jutaan terima kasih.  Kami amat gembira dengan kunjungan Yang Berbahagia Datuk.