Wednesday, July 3, 2013

Majlis Pelancaran Program Ihyak Ramadhan 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 7 Julai 2013 (Ahad)
Masa: 0800 - 1230
Tempat: Dewan Munsyi IPG KSAH


 
Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohd Shobri Bin Saad
Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Kehadiran para pelajar dengan penuh kesetiaan, ceria dan bersemangat

Ucapan Khas Oleh
Yang Berbahagian Sahibul Samahah Dato' Badruddin Bin Haji Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri Kedah
 
Intisari Ucapan:
Keistimewaan bulan Ramadhan sebagai bulan pilihan Allah:
1. Penurunan Al-Quran,
2. Malam Lailatul Qadar,
3. Difardhukan berpuasa,
4. Gandaan pahala ibadat sepanjang bulan.
 
Hayati Ramadhan dengan:
1. Melakukan ibadat sesempurna mungkin
2. Melakukan ibadat puasa sesempurna mungkin
3. Banyakkan bersedekah
4. Banyakkan membaca dan mengkaji isi kandungan Al-Quran
5. Berusaha memberi makan kepada orang yang berpuasa
6. Jaga kesihatan dengan mengamalkan ayat syifak daripada Surah Al-Taubah (ayat 14), Yunus (ayat 57), Al-Nahlu (ayat 69), Al-Israk (ayat 82), Al-Syu'ara' (ayat 80) dan Al-Fussilat (ayat 44).
7. Kerjakan umrah kerana pahalanya menyamai umrah bersama Rasulullah SAW.
 
Peringatan:
1. Al-Quran dan puasa akan memberikan syafaat kepada pengamalnya di Akhirat.
2. Ramadhan membakar dosa dan semangat untuk tekun beribadat.
 
 

Majlis diakhiri dengan alunan qasidah dan nasyid oleh para pelajar Pengajian Agama 
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

No comments:

Post a Comment