Wednesday, November 6, 2013

Lawatan Pengantarabangsaan JAPIM IPGKSAH ke Singapura

JAPIM IPGKSAH telah mengadakan lawatan pengantarabangsaan ke Singapura dan Johor Baharu pada 28 hingga 31 Oktober 2013.
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang

Kenangan bersama warga JAPIM IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Kenangan bersama staf Kolej Islam Muhammadiyah, Singapura

Melepaskan bebanan fikiran di Universal Studio Singapore

Kenangan di Fakulti Tamadun Islam, UTM

Lawatan ini membuahkan pelbagai idea menarik demi kemajuan JAPIM IPGKSAH pada masa akan datang. Antaranya:
  1. Produktiviti warga JAPIM IPGKTI dalam penghasilan dan penerbitan karya dalam bentuk buku.
  2. Kegigihan Pertubuhan Muhammadiyah melalui Kolej Islam Muhammadiyah untuk melaksanakan jihad ilmu dan dakwah dengan gagasan pendidikan sepanjang hayat.
  3. Kehebatan pensyarah Fakulti Tamadun Islam, UTM menghasilkan penyelidikan dengan cara mudah dan penulisan buku dengan kos yang sangat menjimatkan.
Sekian.

Wednesday, July 3, 2013

Majlis Pelancaran Program Ihyak Ramadhan 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 7 Julai 2013 (Ahad)
Masa: 0800 - 1230
Tempat: Dewan Munsyi IPG KSAH


 
Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohd Shobri Bin Saad
Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Kehadiran para pelajar dengan penuh kesetiaan, ceria dan bersemangat

Ucapan Khas Oleh
Yang Berbahagian Sahibul Samahah Dato' Badruddin Bin Haji Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri Kedah
 
Intisari Ucapan:
Keistimewaan bulan Ramadhan sebagai bulan pilihan Allah:
1. Penurunan Al-Quran,
2. Malam Lailatul Qadar,
3. Difardhukan berpuasa,
4. Gandaan pahala ibadat sepanjang bulan.
 
Hayati Ramadhan dengan:
1. Melakukan ibadat sesempurna mungkin
2. Melakukan ibadat puasa sesempurna mungkin
3. Banyakkan bersedekah
4. Banyakkan membaca dan mengkaji isi kandungan Al-Quran
5. Berusaha memberi makan kepada orang yang berpuasa
6. Jaga kesihatan dengan mengamalkan ayat syifak daripada Surah Al-Taubah (ayat 14), Yunus (ayat 57), Al-Nahlu (ayat 69), Al-Israk (ayat 82), Al-Syu'ara' (ayat 80) dan Al-Fussilat (ayat 44).
7. Kerjakan umrah kerana pahalanya menyamai umrah bersama Rasulullah SAW.
 
Peringatan:
1. Al-Quran dan puasa akan memberikan syafaat kepada pengamalnya di Akhirat.
2. Ramadhan membakar dosa dan semangat untuk tekun beribadat.
 
 

Majlis diakhiri dengan alunan qasidah dan nasyid oleh para pelajar Pengajian Agama 
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Persaraan warga JAPIM IPGKSAH

Untuk makluman, warga JAPIM IPGKSAH telah dengan berat hari terpaksa merelakan persaraan pilihan dua orang pensyarah yang sangat dikasihi iaitu Tuan Haji Wan Mohd Badruddin Bin Haji Abd Rahman dan Tuan Haji Mohd Sobri Bin Hanafi berkuatkuasa mulai 2 Julai 2013. Seluruh warga JAPIM IPGKSAH merakamkan rasa terharu dan menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya sepanjang berinteraksi di lapangan kerjaya kedapatan sebarang kekhilafan. Warga JAPIM IPGKSAH juga mendoakan agar kedua-dua pensyarah dikurniakan kesihatan oleh Allah dan istiqamah menyumbangkan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat. Insya Allah.

Monday, October 22, 2012

PROGRAM KORBAN IPG KSAH 2012

Warga JAPIM IPG KSAH merakamkan ucapan Selamat Meraikan Aidil Adha kepada seluruh warga muslim IPG KSAH khasnya dan seluruh umat Islam di mana sahaja berada.  Semoga Aidil Adha ini membangkitkan semangat kita untuk berkorban demi agama dan negara.

Sempena sambutan Aidil Adha 2012 ini, JAPIM dengan kerjasama KKA dan KKS akan mengadakan Program Korban seperti butiran berikut:

Tarikh: 13 Zulhijjah 1433 bersamaan 29 Oktober 2012 ( Isnin )
Masa: 0800 hingga 1400
Tempat: Pusat Latihan Kokurikulum IPG KSAH
Aturcara: 0800 Sembelihan
                0900 Masakandan agihan daging korban
                1300 Jamuan

Sehubungan dengan itu, tuan/puan ( muslimin dan muslimat ) warga IPG KSAH dijemput hadir untuk menyempurnakan program tersebut.

Personel untuk dihubungi:
Setiausaha: Tuan Haji Ishak Bin Abd Manaf
Penyelaras: Dr Abdul Rahman Bin Abdullah

Sunday, October 14, 2012

Kursus Peningkatan Pedagogi

Kursus Peningkatan Pedagogi bagi GDL LPBS j-QAF Ambilan Januari 2012.
Sila rujuk laman web myjqaf.

Wednesday, August 8, 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Islam & Moral dengan kerjasama JPP, BADAS, KKA, KKS dan Pejabat Belia Daerah akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena mengimarah dan menghidupkan budaya beribadat dalam kalangan masyarakat pada 14 Ogos 2012 (Selasa) mulai jam 4.30 petang hingga 11.00 malam bertempat di Dewan Munsyi, IPG KSAH.

Penyelaras program ialah Ustaz Ishak Bin Abd Manaf.

Aturcara majlis:

4.30 petang: Pendaftaran
                     Ketibaan jemputan
                     Ketibaan VIP
4.40 petang: Solat Asar berjamaah di Dewan Munsyi
5.00 petang: Majlis Tadarus /Khatam
6.15 petang: Majlis penyampaian cenderamata kepada peserta dan jemputan.
7.00 petang: Persiapan untuk berbuka puasa.
                     Berbuka puasa
                     Solat Maghrib
                     Tazkirah
8.45 malam: Solat Isyak
                     Solat Sunat Tarawih
                     Moreh
11.00 malam: Bersurai

Sekian, wassalam

Wednesday, August 1, 2012

IFTAR JAMA'IE BERSAMA REKTOR

Adalah dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Dr. Halili Bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membayangkan kesudian untuk sama-sama berbuka puasa bersempena Program Iftar Jama'ie peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada 6 Ogos 2012 bertempat di surau IPGKSAH.

Seluruh warga IPG KSAH dijemput hadir bagi meraikan kunjungan Yang Berbahagia Rektor.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang bertanggungjawab mengetuai pengelolaan Program Ihyak Ramadhan mengucapkan Selamat Datang kepada Yang Berbahagia Rektor serta merakamkan jutaan terima kasih.  Kami amat gembira dengan kunjungan Yang Berbahagia Datuk.

Friday, July 13, 2012

IHYAK RAMADHAN 2012

1.0         Pengenalan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat mulia dalam kalendar hidup umat islam. Dipenuhi makrifat dan keberkatan, bulan ini sangat ditunggu-tunggu oleh setiap individu mukmin. Amalan-amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan adalah berlipat kali ganda balasannya berbanding bulan-bulan yang lain. Oleh yang demikian, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sesuai untuk umat Islam membina jati diri yang mulia berbekalkan akhlak yang terpuji dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Maksud firman Allah S.W.T :“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran, dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”    (Al-Baqarah: 185)

Seluruh umat Islam di atas muka bumi ini dituntut untuk memuliakan dan juga menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini untuk mencapai kedudukan yang tinggi dan terpuji di sisi Allah dan juga menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan juga di akhirat. Oleh itu, program Ihya’ Ramadhan kali ini diharapkan dapat menjadi wasilah bagi warga IPG KSAH bagi melatih diri untuk menjadi individu mukmin yang bertakwa.

2.0         Objektif

2.1         Menyemarakkan penghayatan sempena bulan Ramadhan dengan mempertingkatkan amal ibadah dan melakukan kebajikan.

2.2         Mempraktikkan  pengetahuan dan teori yang dipelajari di bilik-bilik kuliah ke dalam realiti sebenar.

2.3          Memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru pelatih Muslim dan non Muslim.

2.4         Melatih pelajar mengurus, mengorganisasi dan melaksanakan program-program pembangunan sahsiah pelajar.

3.0         Cadangan Program

Bil
Aktiviti / Perkara
Tarikh/Hari
Kumpulan Sasaran
Tempat
3.1
Seminar Meniti Ambang Ramadhan
16 Julai 2012
(Isnin)

Semua Pensyarah / Staff/ Pelajar
Dewan
Munsyi
3.2
Majlis Perasmian dan Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan
19 Julai 2012  (Khamis)
Semua Pensyarah / Pelajar
Dataran Perhimpunan
3.3
Berbuka Puasa Harian

Setiap hari 2 kelas
(40 - 50 orang)
Surau
3.4
Solat Terawih Berjemaah
Sepanjang Ramadhan
Semua Pelajar Muslim
Surau
3.5
Tadarus Al-Quran & Kuiz Ramadhan
29 Ogos
-
5 Sept 2012
Terbuka Kepada Semua Pelajar

3.6
Ceramah Nuzul Quran
6 Ogos 2012  Isnin
Semua Pensyarah / Staff/ Pelajar
Dewan
Munsyi
3.7
Qiamullail Perdana

9 Ogos 2012
(Khamis)
Semua Pensyarah / Staff/ Pelajar
Surau
3.8
Majlis Berbuka Perdana
14 Ogos 2012 Selasa
Semua Pensyarah / Staff/ Pelajar
Surau
3.9
Majlis Khatam Al-Quran 
3.10
Bubur Lambok




4.0         Anjuran

4.1         Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)

4.2         Badan Dakwah Dan Surau (BADAS)

4.3         Kelab Kakitangan Akademik ( KKA)

4.4         Kelab Kakitangan Staff Sokongan (KKS)

4.5         Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

5.0         Penyertaan

5.1       Pihak Pentadbiran

5.2       Pensyarah Akademik

5.3       Staf sokongan

5.4       Semua guru pelatih Muslim

6.0         Organisasi Program

6.1       Jawatankuasa Induk

Penaung                   : Pengarah

Penasihat                 : Timbalan Pengarah

Pengerusi                 : Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman - KJ JAPIM

Setiausaha               : Dr. Ridzuan bin Ahmad

Bendahari                : Ustazah Hajjah Saadiah binti Hj. Haron

Ahli Jawatankuasa :

i. Penyelaras Pelancaran & Perasmian Ihya’ Ramadan

·         Dr. Abd. Rahman bin Abdullah

 ii. Penyelaras Program Majlis Berbuka Puasa Perdana

·         Ustaz Wan Mohd Badruddin bin Abdul Rahman

iii. Penyelaras Jamuan Iftar Perdana

·         Ustazah Hajjah  Jazilah binti Mohd. Isa

·         Ustazah Muazaah Binti Abu Samah

iv. Penyelaras Program Nuzul Quran

·         Ustaz Jazmi bin Md Isa

v. Penyelaras Majlis Khatam Al-Quran

·         Ustaz Hj. Harun Ismail

vi. Penyelaras Pertandingan / Aktiviti Pelajar

·         Ustazah Hajjah  Afifah Binti Abu Bakar

·         Ustaz Ishak bin Abdul Manaf

vii. Penyelaras Jemputan dan Sambutan

·         Ustaz Ismail bin Mat Ludin

viii. Penyelaras Peralatan dan Kebersihan

·         Ustaz Azmi bin Kamis

ix. Penyelaras Hadiah Dan Cenderamata

·         Ustazah Hajjah Shabibah binti Shaufit Affandi

·         Ustazah Hajjah Saadiah binti Hj. Haron

x. Penyelaras Penyediaan Tempat & Khemah

·         Ustaz Shukri bin Ahmad

·         En. Abdul Rahman Bin  Bidin

xi. Penyelaras Buku Program & Buletin Ramadhan

·         Ustaz Md. Zuki bin Hashim

xii. Dokumentasi  & Laporan

·         Dr. Ridzuan Bin Ahmad

6.2       Jawatankuasa Pelaksana



Pengerusi                 : Zubairi Bin

Timb.  Pengerusi    : Solihin Bin

Setiausaha               : Muhammad Faiezzullah b. Shaari

Naib Setiausaha     : Nurul Hidayah Binti Muktar

Bendahari                : Mohd Jamil bin Che Nawi



Ahli Jawatankuasa

i. Makanan & Sajian                       : Lajnah Manna Wa Salwa

ii. Jemputan dan Sambutan        : Lajnah Kecemerlangan Fizikal

          iii. Pengelolaan Majlis                    :Lajnah SPMI / Lajnah Mahabbah

iv. Penyambut Tetamu                  : Majlis Tertinggi Dan Lajnah Keusahawanan

v. Peralatan  dan Kebersihan      : Lajnah Kebajikan Dan Pengurusan

vi. Hadiah Dan Cenderamata      : Lajnah Helwani

vii. Penyediaan Tempat                : Lajnah Seni Budaya Islam

viii. Laporan & Dokumentasi       :Lajnah Penerbitan Dan Informasi


7.0         Atur Acara Majlis

7.1  Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan (Tapak Perhimpunan)

Tarikh             : 19 Julai 2012 (Khamis)

Masa              : 8.00 pagi – 10.30 pagi

Tempat           : Dewan Munsyi


Tentatif program :-

8.00 pagi        : Para pensyarah dan pelajar berkumpul dalam Dewan Munsyi.

8.15 pagi        : Ketibaan Pengarah dan Timbalan Pengarah.

8.20 pagi        : Ucapan alu-aluan dan bacaan doa.

8.30 pagi        : Bacaan al-Quran

8.40 pagi        : Tazkirah Ramadhan 30 minit

9.10 pagi        : Ucapan daripada Pengarah Program Ihya’ Ramadhan.

9.20 pagi        : Ucapan daripada Ketua Jabatan JAPIM.

9.30 pagi        : Ucapan Perasmian Program Ihya’ Ramadhan

  oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah.

9.40 pagi        : Gimik Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan / tayangan video.

9.45 pagi        : Persembahan Nasyid daripada kumpulan Ilhan Nur.

10.00 pagi     : Persembahan Nyanyian Solo Lagu Ramadhan

10.30 pagi     : Bersurai


            7.2  Majlis Berbuka Puasa Harian

7.00 malam: Persiapan Untuk Berbuka

7.20 malam: Majlis Berbuka Puasa (Jamuan Ringkas)

7.30 malam: Solat Maghrib Berjamaah

7.50 malam: Sambungan Majlis Berbuka (Jamuan Makan Malam)

8.30 malam: Solat Isyak Berjamaah

8.50 malam: Solat Terawih Berjamaah dan Tazkirah ringkas.

10.45 malam: Jamuan Moreh

11.15 malam: Bersurai
           

7.3  Majlis Berbuka Puasa Perdana (Peringkat Institut)

                        Tarikh : 14 Ogos 2012


6.00 petang: Persiapan Untuk Berbuka

7.20 malam: Majlis Berbuka Puasa (Jamuan Ringkas)

7.30 malam: Solat Maghrib Berjamaah

7.50 malam: Sambungan Majlis Berbuka (Jamuan Makan Malam)

8.30 malam: Solat Isyak Berjamaah

8.50 malam: Solat Terawih Berjamaah

9.45 malam: Ucapan Timbalan Pengarah IPG KSAH

10.00 malam: Sesi Ceramah Nuzul Quran

10.45 malam: Jamuan Moreh

11.15 malam: Bersurai


7.4  Majlis Khatam Al-Quran

5.30 petang: Majlis Khatam Al- Quran bermula

6.45 petang: Doa Khatam Al-Quran

7.00 malam: Persiapan Untuk Berbuka

7.20 malam: Majlis Berbuka Puasa (Jamuan Ringkas)

7.30 malam: Solat Maghrib Berjamaah

7.50 malam: Sambungan Majlis Berbuka (Jamuan Makan Malam)

8.30 malam: Solat Isyak Berjamaah

8.50 malam: Solat Terawih Berjamaah

10.45 malam: Jamuan Moreh

11.15 malam: Bersurai


8.0       Belanjawan Program

8.1       Sumber kewangan:

o   Aktiviti Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim

o   Sumbangan Pensyarah & Staff