Wednesday, October 27, 2010

PANGGILAN HAJI



Seluruh warga JAPIM mengucapkan SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI DAN SEMOGA MEMPEROLEH HAJI MABRUR kepada dua orang pensyarah JAPIM iaitu Tuan Haji Ishak Bin Abd Manaf dan Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi yang telah dianugerahkan peluang untuk menziarahi Baitullah pada tahun ini (2010).

Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi akan berangkat pada 29 Oktober 2010. Manakala Tuan Haji Ishak Abd Manaf pula akan berangkat pada 4 November 2010.

Selamat Jalan dan Selamat Pulang.

Saturday, October 23, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2/2010

Para pensyarah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi semester 2/2010 kepada semua pelajar Pengajian Agama. Semoga anda dikurnia ketenangan dan keberkatan ilmu bagi menghadapi ujian tersebut.

Beberapa petua ringkas:

1. Tinggalkan bilik penginapan dengan harapan: Bismillahi Tawakkaltu Ala Allah.
2. Mulakan langkah ke dewan peperiksaan dengan tenang dan elakkan sebarang gangguan emosi.
3. Baca Bismillahi al-Rahman al-Rahim apabila mula membuaka kertas soalan. Baca soalan dan tanda mana-mana soalan yang akan dijawab.
4. Baca doa: Rabbi Isyrahli sadri ... hingga akhir sebelum memulakan jawapan.
5. Ucaplah Salawat ke atas Nabi Muhammad apabila menghadapi kerumitan dan kesulitan semasa menjawab soalan.
6. Ucaplah Al-Hamdulillah apabila selesai menjawab soalan dan bertawakkal kepada Allah.
7. Elak berbincang jawapan dengan rakan-rakan atau menyemak jawapan dalam buku kerana ia mungkin boleh menyebabkan gangguan emosi untuk menduduki peperiksaan seterusnya.

SELAMAT MAJU JAYA.

JAMUAN PERSARAAN MANTAN KETUA JABATAN











Pensyarah JAPIM telah mengadakan jamuan sempena meraikan persaraan mantan Ketua Jabatan, Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Oktober 2010
Hari: Selasa
Masa: 1230
Tempat: Sungai Petani Inn

Aturcara:
1. Ucapan aluan Pengerusi (Puan Hajjah Saadiah Binti Haji Haron)
2. Jamuan
3. Ucapan setiap pensyarah JAPIM.
4. Ucapan Ketua Jabatan (Tuan Haji Ismail Bin Abd Rahman)
5. Ucapan Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon.

Info Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon

1. Jawatan Akhir ialah Pensyarah Kanan Gred DG52
2. Detik akhir persaraan ialah pada jam 1530 21 Oktober 2010 (Khamis).
3. Bersara wajib pada unsia 58 tahun.

Sekian. wassalam.


video

Saturday, October 16, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN AKADEMIK

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah diamanahkan untuk mengelola Perhimpunan Bulanan Kakitangan Akademik bagi bulan Oktober 2010. Perhimpunan tersebut diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 17 Oktober 2010
Hari: Ahad
Masa: 0800
Tempat: Dewan Al-Bukhari, IPG KSAH

Aturcara:
0745 Pensyarah mengambil tempat di Dewan Al-Bukhari.
0800 Ketibaan Tuan Pengarah.
____ Ucapan aluan pengacara majlis.
____ Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kedah
____ Doa
____ Ikrar Perkhidmatan Awam & Rukun Negara
____ Taklimat Pusat Sumber
____ Ucapan Timbalan Pengarah
____ Ucapan Pengarah
____ Majlis Dialog.
____ Nyanyian lagu IPG, IPG KSAH, Guru Malaysia
____ Bersurai

Pengacaraan majlis dikemudi oleh Ustaz Md Zuki Bin Hashim.
Bacaan doa dikahlifahi oleh Tuan Haji Wan Mohd Badruddin Bin Abd Rahman.
Ikrar Perkhidmatan Awam dilafazkan oleh Ustaz Jazmi Bin Md Isa.
Pengelolaan keseluruhan majlis disempurnakan oleh Ruan Hajjah Afifah Binti Abu Bakar dan dibantu oleh beberapa jawatankuasa yang diterajui oleh para pensyarah JAPIM.

Semoga majlis diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Catatan: Jika anda berminat dengan teks pengacaraan tersebut, sila muturun di alamat: http://www.mediafire.com/?jzlgt1pigki18cw

Sunday, October 10, 2010

MESYUARAT JAPIM 7/2010


Mesyuarat JAPIM ke7 bagi tahun 2010 diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 11 Oktober 2010
Hari: Isnin
Masa: 1100
Tempat: Bilik Pensyarah JAPIM

Agenda:
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Perkara berbangkit
3. Peperiksaan November 2010
4. Penilaian Perancangan 2010 dan Perancangan Tahunan 2011
5. Post Mortem Kursus Penghayatan Islam
6. Hal-hal lain

MAJLIS TAARUF TUAN PENGARAH BERSAMA WARGA JAPIM


Majlis Taaruf Tuan Pengarah (Dr. Ranjit Singh Dill) bersama pensyarah JAPIM diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 11 Oktober 2010
Hari: Isnin
Masa: 1000
Tempat: Bilik Pensyarah JAPIM

Aturcara Majlis:
1. Pensyarah JAPIM berkumpul di Bilik JAPIM
2. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
3. Doa
4. Ucapan aluan Ketua Jabatan JAPIM
5. Ucapan Tuan Pengarah
6. Jamuan

Seluruh pensyarah JAPIM mengalu-alukan kunjungan Yang Berbahagian Tuan Pengarah. Semoga majlis ini membuahkan hubungan profesional yang lebih mantap dan mendatangkan manfaat kepada semua pihak.