Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA

Diucapkan Selamat Meraikan Aidil Adha kepada seluruh umat Islam (10 Zulhijjah 1431 bersamaan 17 November 2010). Hayatilah tuntutan pengorbanan yang digarapkan melalui hari kebesaran ini. Aidil Adha sebenarnya mencetuskan idea pengurusan risiko dalam kehidupan manusia. Hayatilah nilai tamadun daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim & anaknya, Nabi Ismail.

Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, October 27, 2010

PANGGILAN HAJI



Seluruh warga JAPIM mengucapkan SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI DAN SEMOGA MEMPEROLEH HAJI MABRUR kepada dua orang pensyarah JAPIM iaitu Tuan Haji Ishak Bin Abd Manaf dan Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi yang telah dianugerahkan peluang untuk menziarahi Baitullah pada tahun ini (2010).

Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi akan berangkat pada 29 Oktober 2010. Manakala Tuan Haji Ishak Abd Manaf pula akan berangkat pada 4 November 2010.

Selamat Jalan dan Selamat Pulang.

Saturday, October 23, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2/2010

Para pensyarah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi semester 2/2010 kepada semua pelajar Pengajian Agama. Semoga anda dikurnia ketenangan dan keberkatan ilmu bagi menghadapi ujian tersebut.

Beberapa petua ringkas:

1. Tinggalkan bilik penginapan dengan harapan: Bismillahi Tawakkaltu Ala Allah.
2. Mulakan langkah ke dewan peperiksaan dengan tenang dan elakkan sebarang gangguan emosi.
3. Baca Bismillahi al-Rahman al-Rahim apabila mula membuaka kertas soalan. Baca soalan dan tanda mana-mana soalan yang akan dijawab.
4. Baca doa: Rabbi Isyrahli sadri ... hingga akhir sebelum memulakan jawapan.
5. Ucaplah Salawat ke atas Nabi Muhammad apabila menghadapi kerumitan dan kesulitan semasa menjawab soalan.
6. Ucaplah Al-Hamdulillah apabila selesai menjawab soalan dan bertawakkal kepada Allah.
7. Elak berbincang jawapan dengan rakan-rakan atau menyemak jawapan dalam buku kerana ia mungkin boleh menyebabkan gangguan emosi untuk menduduki peperiksaan seterusnya.

SELAMAT MAJU JAYA.

JAMUAN PERSARAAN MANTAN KETUA JABATAN











Pensyarah JAPIM telah mengadakan jamuan sempena meraikan persaraan mantan Ketua Jabatan, Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Oktober 2010
Hari: Selasa
Masa: 1230
Tempat: Sungai Petani Inn

Aturcara:
1. Ucapan aluan Pengerusi (Puan Hajjah Saadiah Binti Haji Haron)
2. Jamuan
3. Ucapan setiap pensyarah JAPIM.
4. Ucapan Ketua Jabatan (Tuan Haji Ismail Bin Abd Rahman)
5. Ucapan Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon.

Info Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon

1. Jawatan Akhir ialah Pensyarah Kanan Gred DG52
2. Detik akhir persaraan ialah pada jam 1530 21 Oktober 2010 (Khamis).
3. Bersara wajib pada unsia 58 tahun.

Sekian. wassalam.


Saturday, October 16, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN AKADEMIK

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah diamanahkan untuk mengelola Perhimpunan Bulanan Kakitangan Akademik bagi bulan Oktober 2010. Perhimpunan tersebut diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 17 Oktober 2010
Hari: Ahad
Masa: 0800
Tempat: Dewan Al-Bukhari, IPG KSAH

Aturcara:
0745 Pensyarah mengambil tempat di Dewan Al-Bukhari.
0800 Ketibaan Tuan Pengarah.
____ Ucapan aluan pengacara majlis.
____ Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kedah
____ Doa
____ Ikrar Perkhidmatan Awam & Rukun Negara
____ Taklimat Pusat Sumber
____ Ucapan Timbalan Pengarah
____ Ucapan Pengarah
____ Majlis Dialog.
____ Nyanyian lagu IPG, IPG KSAH, Guru Malaysia
____ Bersurai

Pengacaraan majlis dikemudi oleh Ustaz Md Zuki Bin Hashim.
Bacaan doa dikahlifahi oleh Tuan Haji Wan Mohd Badruddin Bin Abd Rahman.
Ikrar Perkhidmatan Awam dilafazkan oleh Ustaz Jazmi Bin Md Isa.
Pengelolaan keseluruhan majlis disempurnakan oleh Ruan Hajjah Afifah Binti Abu Bakar dan dibantu oleh beberapa jawatankuasa yang diterajui oleh para pensyarah JAPIM.

Semoga majlis diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Catatan: Jika anda berminat dengan teks pengacaraan tersebut, sila muturun di alamat: http://www.mediafire.com/?jzlgt1pigki18cw

Sunday, October 10, 2010

MESYUARAT JAPIM 7/2010


Mesyuarat JAPIM ke7 bagi tahun 2010 diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 11 Oktober 2010
Hari: Isnin
Masa: 1100
Tempat: Bilik Pensyarah JAPIM

Agenda:
1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Perkara berbangkit
3. Peperiksaan November 2010
4. Penilaian Perancangan 2010 dan Perancangan Tahunan 2011
5. Post Mortem Kursus Penghayatan Islam
6. Hal-hal lain

MAJLIS TAARUF TUAN PENGARAH BERSAMA WARGA JAPIM


Majlis Taaruf Tuan Pengarah (Dr. Ranjit Singh Dill) bersama pensyarah JAPIM diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 11 Oktober 2010
Hari: Isnin
Masa: 1000
Tempat: Bilik Pensyarah JAPIM

Aturcara Majlis:
1. Pensyarah JAPIM berkumpul di Bilik JAPIM
2. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
3. Doa
4. Ucapan aluan Ketua Jabatan JAPIM
5. Ucapan Tuan Pengarah
6. Jamuan

Seluruh pensyarah JAPIM mengalu-alukan kunjungan Yang Berbahagian Tuan Pengarah. Semoga majlis ini membuahkan hubungan profesional yang lebih mantap dan mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

Tuesday, September 28, 2010

KURSUS PENGHAYATAN ISLAM

Program Penghayatan Islam

Rasional:

Guru pelatih hari ini merupakan aset utama kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Menyedari hakikat itu Jabatan Pendidikan Islam & Moral merasa terpanggil untuk mengadakan program yang menjurus kepada pembangunan modal insan untuk pembentukan akhlak dan sahsiah yang baik di kalangan guru pelatih disamping menanam penghayatan Islam yang sebenar di dalam hidup.

Objektif:

i. Mengetahui tanggungjawab sebagai seorang hamba yang diredhai Allah.

ii.Mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

iii.Ke arah penerapan dan pembentukan akhlak yang mulia di kalangan guru pelatih.

iv.Menyedarkan kepada guru pelatih akhlak yang mulia adalah teras kecemerlangan hidup dunia dan akhirat.

Tarikh, masa dan tempat

Tarikh :6 & 7 OKTOBER 2010
Jangka Masa :2 Hari 1 Malam
Tempat :Air Panas Ulu Leggong,Baling, Kedah.

Kumpulan Sasaran:

Guru Pelatih PPISMP

PPISMP Lelaki Perempuan Bilangan
3L 11 9 20
3M 11 9 20
1E 10 9 19
1F 10 9 19
Jumlah Keseluruhan: 78


Anggaran Kos Makanan

78 orang RM 10 X 2 hari= RM 1560.00

Jumlah: RM 1560.00

Kenderaan: 2 buah bas IPG ( diuruskan oleh pihak IPG )

Sumber Kewangan :IPSAH


Strategi Pelaksana:

Hari Pertama
08.00 pagi - Perjalanan dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim ke Air
Panas Legong
10.00 pagi - Pendaftaran
- Taklimat Kursus
- Kudapan
12.30 tgh - Makan Tengahari
- Amali Solat Zohor Berjemaah
2.30 ptg - Perbentangan Kertas Kerja Satu Perkataan -
- Kepimpinan
- Hijrah
4.30 ptg - Minum Petang
- Amali Solat Asar Berjemaah
5.30 ptg - Senaman
6.30 ptg - Pengurusan Diri
- Makan Malam
7.30 mlm - Amali Solat Maghrib Berjemaah
- Kuliah Maghrib
- Amali Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm - LDK Isu-Isu Akhlak dan Moral
11.00 mlm - Minum Malam
- Rehat Diri

Hari Kedua
4.00 pg - Qiamullail
6.00 pg - Amali Solat Subuh Berjemaah
- Kuliah Subuh
7.00 pg - Senaman Pagi
- Sarapan pagi
8.00 pg - Amali Solat-Solat Sunat
9.00 pg - Perbentangan Kertas Kerja Konsep Aqidah yang sebenar
10.30 pg - Kudapan
11.00 pg - Perasmiaan Penutupan
12.30 pg - Makan Tengahari
- Pengurusan diri
- Amali Solat Zohor
2.15 ptg - Bertolak Balik
3.15 ptg - Sampai Balik ke IPSAH
3.30 ptg - Bersurai

JawatanKuasa Induk

Penasihat :Hjh Saadiah bt Bani
Pen. Penasihat :Tn. Hj. Hussin bin Mhd Yusop
Pegerusi :Ustaz Hasanaldin bin Saidon
:Tn. Hj. Ismail bin Abdul Rahman
Penyelaras :Ustazah Shabibah bt Haji Shaufit Affandi
Tn. Hj. Ishak bin Abdul Manaf
AJK :Pn. Hjh. Afifah binti Abu Bakar
Tn. Hj. Azmi bin Khamis
Tn. Hj.Ismail bin Mat Ludin
Tn. Hj. Wah Mohd Badruddin
Tn. Hj. Yahya bin Abdullah
Ustaz Md. Zuki bin Hashim
Tn. Hj. Mohd Sukri bin Ahmad
Tn. Hj. Jazmi bin Md. Isa
Dr. Ridzuan bin Ahmad
Tn. Hj. Haron bin Ismail
Ustz. Saadiah binti Hj. Haron

Penutup

Program Penghayatan Islam ini merupakan satu program untuk membimbing guru pelatih menjadi remaja yang berakhlak dan berilmu pengetahuan. Harapan pihak IPSAH dengan adanya program ini, guru pelatih akan berakhlak mulia serta menjadi generasi yang berkualiti di masa akan datang iaitu genarasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang dalam mendidik anak bangsa hari akan datang.



Disediakan oleh,


Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi

Nota:
Semua kertas kerja yang telah dibentang boleh dimuaturun:
1. Qudwah oleh Ustaz Md Zuki Bin Hashim
2. Hijrah oleh Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi
3. Pemupukan Aqidah & Cabarannya Di Era Globalisasi oleh Dr. Ridzuan Bin Ahmad.

Sunday, August 22, 2010

MESYUARAT JAPIM 6/2010

Mesyuarat JAPIM Kali Ke-6 2010 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 23 Ogos 2010
Hari: Isnin
Masa: 1430
Tempat: Bilik JAPIM
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Perkara berbangkit
3. JPT Kerja Kursus dan Penggubalan Soalan
4. Agihan Jadual Waktu KDC
5. Program Ihya' Ramadhan
6. Hal-hal lain.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG IPG KSAH

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat IPG KSAH telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 22 Ogos 2010
Hari: Ahad
Masa: 1100
Tempat: Dewan Munshi

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Yang Berbahagian datuk Dr. Haili Bin Dolhan, Rektor IPG Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuan Haji Ishak Bin Abdul Manaf telah dinobatkan sebagai penerima anugerah mewakili JAPIM. Tahniah diucapkan.

Rumusan Majlis:

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang umpama buah daripada sepohon pokok yang telah bekerja kuat untuk melaksanakan semua proses penyuburan (Cik Asniza, Pengacara Majlis). Pensyarah perlu menjadi akar tunjang yang kuat agar dapat menzahirkan para guru pelatih yang cemerlang (Rektor IPG KPM). Akar dan pohon mampu kuat dan subur jika dibajai dengan berkesan (Dr. Siti Hajar).

Beberapa persoalan telah dibangkitkan untuk pengetahuan danm respon Rektor:

1. Pengganti pengarah yang bakal pencen awal September 2010 perlu berwibawa, berintegriti dan memahami situasi IPG KSAH.
2. Pengambilan guru pelatih perlu lebih teliti dan akur kepada kouta dan kelayakan calon.
3. Masalah jam bekerja para pensyarah di IPG memerlukan pertimbangan yang lebih teliti.
4. Masalah kawalan disiplin dalam kalangan pelajar perlu akur kepada pekeliling KPM.
5. Pensyarah perlu dibajai dengan prasarana yang lebih selesa agar menjadi akar tunjang yang kukuh dan bermanfaat kepada akar-akar lain (guru pelatih).
6. Perpustakaan perlu dikemaskini dengan sumber rujukan yang terkini dan muktabar.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Program Ihya' Ramadhan 1431H bersamaan 2010M telah diadakan seperti butiran berikut:

Acara: Pelancaran Program Ihya' Ramadhan
Tarikh: 10 Ogos 2010
Hari: Selasa
Masa: 0800
Tempat: Dewan Munshi IPG KSAH

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAH PUASA DAN BERGEMBIRA DENGAN KEMENANGAN PADA AIDIL FITRI.

Acara: Majlis Berbuka Puasa bersempena lawatan kerja Rektor IPG KPM Cyberjaya, Datuk Dr. Halili Bin Dolhan.
Tarikh: 22 Ogos 2010
Hari: Ahad
Masa: 1800
Tempat: Surau IPG KSAH

Acara: Majlis Berbuka Puasa dan Penutup Program Ihya'Ramadhan
Tarikh: 27 Ogos 2010
Hari: Khamis
Masa: 1800 - 2300
Tempat: Surau IPG KSAH
Aturcara:
1630 Solat Asar
1730 Tadarus Al-Quran
1830 Majlis Khatam Al-Quran
1900 Majlis Bacaan Tahlil
1935 Majlis Berbuka Puasa (Bersempena juga dengan persaraan Pengarah, Puan Hajjah Saadiah Bani)
1945 Solat maghrib
2045 Solat Isyak
2100 Solat Sunat Tarawih
2200 Tazkirah/ Ceramah Nuzul Al-Quran
2300 Bersurai

Monday, August 2, 2010

RAYUAN DERMA PEMBINAAN MASJID MADRASAH MISBAH AL-FALAH


Madrasaha Misbah Al-Falah telah diasaskan oleh arwah datuk saudara saya Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Bin Saleh pada 1958. Madrasah ini lebih dikenali dengan nama Pondok Lanai. Madrasah yang dibina dengan kayu sedang dalam peringkat naik taraf kepada masjid dengan binaan konkrik. Anggaran kos yang telah dibuat oleh pihak pemaju ialah RM 981,000.00. Sumbangan umat Islm amat dialukan. Derma boleh dilangsungkan ke dalam akaun-akuan berikut:
1. BIMB 02048010013408 atas nama Madrasah Misbah Al-Falah
2. BIMB 02048010010597 atas nama Jwt. Pembangunan Madrasah Misbah Al-Falah

100% sumbangan anda sampai kepada pihak madrasah. Tiada komisyen kepada pengutip kerana itulah salah satu sumbangan saya kepada pondok tempat lahir saya yang sekarang diterajui oleh sepupu emak saya iaitu Ustaz Md Mokhtar Bin Haji Omar Zuhdi.

Jika anda perlukan resit resmi, sila emelkan butiran berikut kepada saya:
1. Nama
2. Alamat
3. Tarikh bank-in
4. Masa bank-in
5. Jumlah dibank-in

Di atas kesudian anda menghulur derma, didahului dengaan ucapan jazakallahu khairan kathira.

Daripada,
Ustaz Md Zuki Bin Hashim
Pensyarah
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah

Telefon: 019-4813565
Telefon Madrasah: 04-4791701

Monday, July 26, 2010

Laporan LPS JAPIM Kursus Aplikasi Blog Dalam P&P Pengajian Islam PISMP


LAPORAN LATIHAN PEMBANGUNAN STAF
KURSUS INOVASI LAMAN BLOG
DALAM P&P PENGAJIAN ISLAM (PISMP)

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran mempunyai hasrat dan visi untuk mengangkat martabat pendidikan Negara ke taraf dunia. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di semua peringkat pendidikan mesti senandung dengan visi berkenaan. Aplikasi pengajaran dan pembelajaran melalui laman sesawang merupakan salah satu daripada gagasan bagi merealisasikan wawasan murni kementerian. Justeru itu, semua pihak dalam sistem pendidikan Negara mesti memanfaatkan semua prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mencapai hasrat ini.

2. RASIONAL

Dunia pembelajaran pelajar sudah mengalami pelbagai inovasi terutama dalam bidang teknologi maklumat. Bidang teknologi maklumat yang sangat signifikan ialah aplikasi laman sesawang. Aplikasi laman sesawang telah membantu kegiatan akses maklumat secara atas talian dengan mudah, cepat dan berkesan. Oleh sebab itu, para pensyarah mesti bertanggungjawab secara professional membantu para pelajar memperolehi maklumat dengan pantas melalui laman blog masing-masing. Khidmat sokongan ini dapat membantu pelajar menjimatkan masa mengakses maklumat dan tidak merasa terbeban dengan tugasan yang diagihkan kepada mereka. Hasilan kursus ini telah dijadikan sebagai usaha inovasi peringkat jabatan dan IPG.

3. OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, para peserta telah dapat:

1. Mencipta laman blog masing-masing. Sebanyak 13 (87%) laman blog telah berjaya dibina ( Rujuk senarai berkelat ). Lima peserta lagi tidak dapat membina laman blog disebabkan talian streamix yang tidak dapat menampung banyak PC yang beroperasi serentak.
2. Menukar format fail-fail daripada doc kepada pdf. Semua peserta Berjaya install program PDF Creator dan mengaplikasikannya terhadap beberapa dokumen untuk dimuatnaik ke storan di 4shared.
3. Memuatnaik bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran ke ruang storan. Semua peserta berjaya membuka akaun mereka sendiri dengan penyedia storan di 4shared dengan peruntukan ruang 10 GB secara percuma dan melakukan beberapa transaksi sebagai latihan.
4. Mengaktifkan link dari laman blog ke storan. Aplikasi ini juga telah berjaya direalisasikan oleh peserta yang telah membina laman blog mereka.

4. KUMPULAN SASARAN

17 orang pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral yang terlibat mengajar kursus Pengajian Islam bagi Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan (Rujuk senarai berkelat).

5. TARIKH

Kursus ini telah diadakan pada tarikh 3 – 4 Ogos 2010.

6. MASA

Masa kursus bermula jam 0800 hingga 1700 setiap hari berkenaan.

7. TEMPAT

Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan.

8. URUSETIA

Pengerusi: Tuan Haji Ismail Abd Rahman
Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral
Penyelaras: Ustaz Md Zuki Bin Hashim ( 019-4813565 )
Bendahari: Dr. Ridhuan Bin Ahmad

9. JADUAL KURSUS

Tarikh: 3 Ogos 2010

0800 – 0900 Pendaftaran dan taklimat Urusetia
0900 – 1000 Membina laman blog persendirian
1000 – 1030 Rehat/ Kudapan
1030 – 1130 Aplikasi penukaran format fail
1130 – 1230 Aplikasi storan
1230 – 1400 Rehat/ Mtelah tengahari/ Solat
1400 – 1700 Bengkel memuatnaik bahan ke laman blog

Tarikh: 4 Ogos 2010

0800 – 1000 Mengemaskini laman blog
1000 – 1030 Rehat/ Kudapan
1030 – 1230 Pembentangan hasil rekaan laman blog
1230 – 1400 Rehat/ Mtelah tengahari/ Solat
1400 – 1600 Pembentangan hasil rekaan laman blog (Sambungan)
1600 – 1700 Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Jabatan JAPIM, Tuan Haji Ismail Bin Haji Abd Rahman.

10. PERBELANJAAN

Perbelanjaan makan dan minum sepanjang kursus ini telah ditanggung oleh para peserta sendiri kerana pihak IPG masih dalam tempoh penjimatan dan tiada peruntukan kewangan disediakan untuk LPS. Perbelanjaan makan dan minum bagi kursus ialah RM .

11. PENUTUP

Semoga kursus yang telah dijalankan ini telah mendatangkan manfaat kepada para pensyarah dan dapat membantu usaha untuk mengkomunikasi bahan-bahan pengajaran kepada para pelajar sasaran. Begitu juga para pelajar telah memperolehi manfaat daripada kursus ini melalui kemudahan mengakses maklumat yang berkaitan dengan topik pembelajaran dan skop tugasan mereka.

Diseditelah oleh,

MD ZUKI BIN HASHIM
Penyelaras Kursus.

Senarai Peserta / Urusetia / Fasilitator

Senarai Urusetia
1 TUAN HAJI ISMAIL BIN ABD RAHMAN Ketua Jabatan/ Pwngerusi
2 USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM Penyelaras/ Peserta
3 DR RIDHUAN BIN AHMAD Bendahari/ Peserta

Senarai Peserta
1 PUAN HAJJAH AFIFAH BINTI ABU BAKAR
2 TUAN ISMAIL BIN MAT LUDIN
3 TUAN HAJI WAN MOHD BADRUDDIN BIN ABD RAHMAN
4 TUAN HAJI HASANALDIN BIN SAIDON
5 TUAN HAJI YAHAYA BIN ABDULLAH
6 TUAN HAJI AZMI BIN KAMIS
7 TUAN HAJI HARON BIN ISMAIL
8 PUAN SHABIBAH BINTI SHAUFIT AFFANDI
9 PUAN SAADIAH BINTI HARON
10 TUAN HAJI MOHD SHUKRI BIN AHMAD
11 USTAZ JAMI BIN MD ISA
12 TUAN HAJI ISHAK BIN ABD MANAF

Senarai Fasilitator
1 ENCIK EMRAN BIN JTM
2 ENCIK HASNUL HISHAM BIN HASHIM JTM

NAMA & ALAMAT BLOG SETIAP PESERTA

1 TUAN HAJI ISMAIL BIN ABD RAHMAN
FIQHUL TARANNUM http://fiqhutaranum.blogspot.com/

2 USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
FIQHUL HADHARAH http://fiqhulhadharah.blogspot.com/

3 DR RIDHUAN BIN AHMAD
FIQHUL AQIDAH http://fiqhulaqidah.blogspot.com/

4 PUAN HAJJAH AFIFAH BINTI ABU BAKAR
FIQHUL KHAT http://fathulkhat.blogspot.com/

5 TUAN ISMAIL BIN MAT LUDIN
FIQHUL QURAN http://fiqhulqurani.blogspot.com/

6 TUAN HAJI WAN MOHD BADRUDDIN BIN ABD RAHMAN
FIQHUL ARABIYAT http://fiqhularabiyat.blogspot.com/

7 TUAN HAJI HASANALDIN BIN SAIDON
FIQHUL DAULAH http://.blogspot.com/

8 TUAN HAJI YAHAYA BIN ABDULLAH
FIQHUL ISLAMIYAH http://fiqhulislamiyah.blogspot.com/

9 TUAN HAJI AZMI BIN KAMIS
FIQHUL IBADAH http://fiqhulibadah.blogspot.com/

10 TUAN HAJI HARON BIN ISMAIL
FIQHUL MADANIYAT http://.blogspot.com/

11 PUAN SHABIBAH BINTI SHAUFIT AFFANDI
FIQHUL THAQAFAH http://fathulthaqafah.blogspot.com/

12 PUAN SAADIAH BINTI HARON
FIQHUL RASM http://fiqhulrasmuthmani.blogspot.com/

13 TUAN HAJI MOHD SHUKRI BIN AHMAD
FIQHUL AKHLAK http://fiqhulakhlak.blogspot.com/

14 USTAZ JAMI BIN MD ISA
FIQHUL JUMLAH http://fiqhuljumlah.blogspot.com/

15 TUAN HAJI ISHAK BIN ABD MANAF
FIQHUL SUNNAH http://ibmksah.blogspot.com/

Peringatan kepada para peserta:

1. Namakan blog anda yang bersesuaian dengan bidang yang diajar.
2. Sediakan bahan pengajaran untuk tujuan muatnaik ke blog.
3. Gunakan password yang biasa digunakan dan mudah diingat. Catatlah password di buku catatan anda supaya senang mengaksesnya jika perlu.

BAHAN EDARAN:
1. Jadual Kursus
2. Tutorial mengurus laman blog

Saturday, July 24, 2010

LPS-Kursus Kajian Tindakan

LPS Kajian Tindakan untuk semua pensyarah JAPIM telah diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 13 - 14 Julai 2010
Hari: Selasa - Rabu
Masa: 0800 - 1700
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Kedah.

Urusetia: Dr. Ridhuan Bin Ahmad

Fasilitator: Dr Ahmad Garni Bin Hj. Said (Pensyarah Kanan Gred DG52)

Kandungan kursus yang telah disampaikan ialah sepertti berikut:
1. Konsep Kajian Tindakan
2. Contoh Amalan kajian Tindakan Dalam Pendidikan
3. Isu-isu Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Islam
4. Proposal Kajian Tindakan.
5. Penulisan Laporan Kajian Tindakan

Kehadiran:
Semua pensyarah JAPIM telah menghadiri kursus tersebut.

Rumusan:
1. Sebanyak 15 proposal Kajian Tindakan yang telah dihasilkan oleh peserta telah dibentang dalam kursus ini dan dicadangkan untuk direalisasikan setelah tamat kursus.
2. JAPIM dicadangkan supaya menerbitkan laporan Kajian Tindakan yang telah berjaya direalisasikan sebagai rujukan.
3. Segala perbelanjaan makan dan minum sepanjang kursus ini ditanggung oleh para peserta sendiri.

Monday, February 8, 2010

MESYUARAT JAPIM 2/2010

Mesyuarat JAPIM Kedua telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 8 Februari 2010
Hari: Isnin
Masa: 1100 - 1340
Tempat: Bilik Persidangan IPSAH

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Abd Rahman, Ketua Jabatan.

Majlis Sambutan Maál Hijrah


Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah diadakan serentak dengan Majlis Menyediakan Bubur Ashura dan Majlis Bacaan Yasin sempena keputraan DYMM Tuanku Sultan Kedah. Majlis-majlis ini telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Januari 2010
hari: Selasa
Masa: 0800-1500
Tempat: Perkarangan Surau IPSAH

Pengurus Projek: Ustaz Jazmi Bin Md Isa

Pengelola majlis:
1. Majlis Sambutan Maal Hijrah: Ustaz Jazmi Bin Md Isa.
2. Majlis menyediakan bubur Ashura: Puan Hajjah Afifah Binti Abu Bakar.
3. Majlis Bacaan Yasin: Ustaz Haron Bin Ismail.

Aturcara majlis:
0800 pagi - persediaan untuk bubur Ashura.
0900 pagi - gerak kerja menyediakan bubur Ashura.
1230 tengahari - Majlis bacaan yasin dikhalifah oleh Ustaz Haron Bin ismail.
1300 tengahari - Tazkirah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd. Badruddin Bin Abd Rahman.
1330 petang - Solat Zohor berjamaah.
1400 petang - Agihan bubur Ashura yang dikelolakan oleh Ustaz Azmi Bin Kamis.

laporan tambahan:
1. Sebanyak dua buah khemah tambahan telah didirikan untuk mengelolakan penyediaan bubur Ashura.
2. Sebanyak enam kawah bubur Ashura telah disediakan dan diagihkan kepada semua pensyarah dan pelajar yang membantu ketja penyediaan.
3. Pengelolaan majlis telah dijayakan sepenuhnya melalui pembiyaan daripada sumbangan pensyarah dan pekerja dan sumbangan perseorangan.

Tuesday, January 26, 2010

MESYUARAT JABATAN KALI PERTAMA 2010

Mesyuarat ini telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 5 Januari 2010
Hari: Isnin
Masa: 1100
Tempat: Bilik JAPIM