SEMINAR TAMADUN ISLAM
PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PENDAHULUANPerkembangan intelektual seringkali dikaitkan dengan budaya ilmu. Budaya ilmu dapat diperkembangkan dengan beberapa strategi perkongsian pintar melalui muzakarah, kuliah, persembahan media, taklimat dan sebagainya. Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPG KSAH telah mengusahakan suatu percambahan ilmu melalui Seminar Tamadun Islam.
MATLAMAT
Memupuk budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga IPGKSAH.
OBJEKTIF
Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan, maka pihak pengelola telah menetapkan objektif berikut:
1. Melaksanakan seminar seperti terdapat dalam perancangan IPG KSAH.
2. Mengaplikasi kaedah pengajaran berasaskan projek (PBL).
3. Mempersembahkan enam hasil produk pembelajaran berasaskan projek.
4. Menggalakkan budaya pemikiran kritis dan inovatif berdasarkan gagasan Kemahiran Abad Ke-21.
TEMA
KEPEMIMPINAN KHULAFAK AL-RASHIDIN SUMBER TELADAN
TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Seminar dicadangkan untuk diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 18 Oktober 2011
Masa: 1400 – 1630Tempat: Surau IPG KSAH
PENGISIAN
Pengisian dalam seminar ini dicadangkan melibatkan beberapa produk hasil daripada program Pembelajaran Berasaskan Projek iaitu:
1. Persembahan Laman Web
2. Persembahan Blog3. Persembahan Movie
4. Persembahan Power Point
5. Persembahan Banner
6. Persembahan Mind Mapping
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan seminar ini terbahagian kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembentang dan kumpulan hadirin. Kumpulan pembentang adalah kumpulan pelajar PPISMP Ambilan Januari 2010 yang terlibat dengan program Pembelajaran Berasaskan Projek bagi mata pelajaran Pengajian Islam 1 (PA 3311). Manakala kumpulam hadirin ialah semua pelajar jurusan Pengajian Islam yang sedang mengikuti pengajian di IPG KSAH dalam semester enam dan lapan.
PERASMIAN & PENUTUP
Perasmia dan penutup seminar akan disempurkan oleh Tuan Pengarah IPG KSAH.
PENUTUP
Semoga usaha sekecil ini dapat memupuk budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga IPG KSAH. Manakala pelajar-pelajar terlibat pula dapat merasai peluang mempersembahkan kreativiti mereka dengan persembahan produk yang berbagai. Para Guru Pelatih pula dapat menghayati kaedah P&P berasaskan projek yang boleh diamalkan apabila mereka berada dalam perkhidmatan pendidikan kelak. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan seminar ini.
Disediakan oleh,
USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
Pengurus Projek,Seminar Tamadun Islam.