Wednesday, January 26, 2011

PERTUKARAN TUAN HAJI YAHAYA BIN ABDULLAH






Tuan Haji Yahaya Abdullah telah membuat keputusan yang sangat sukar untuk menerima pertukaran beliau ke IPG Pulau Pinang dan meninggalkan warga JAPIM IPG KSAH untuk menyambung sumbangan sebagai pendidik di sana. Begitu juga dengan seluruh warga JAPIM yang merasa tersangat berat untuk melepaskan Tuan Haji Yahaya.

Pertukaran Tuan Haji Yahaya berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, tetapi beliau akan memulakan tugas di IPG Pulau Pinang mulai 8 Februari 2011.

Sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa beliau sepanjang berkhidmat di IPG KSAH, pihak JAPIM telah mengadakan perjumpaan khas dengan para pelajar Pengajian Agama di Dewan Al-Bukhari pada jam 1100 pagi 26 Januari 2011.

Seluruh pensyarah JAPIM juga turut meraikan beliau dengan mengadakan jamuan dan majlis perpisahan pada hari yang sama, 26 Januari 2011 (Rabu)jam 1300 bertempat di Radix Cuisine.

SELURUH WARGA JAPIM (PENSYARAH & PELAJAR PENGAJIAN AGAMA) MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN DAN SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN DI IPG PULAU PINANG. TERIMA KASIH DAUN KELADI DI ATAS SEGALA SUMBANGAN DEMI KECEMERLANGAN JAPIM DAN BADAS SEPANJANG DI IPG KSAH. KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP.

Antara kata-kata bernas yang diungkapkan oleh Tuan Haji Yahaya:

Kita mestilah menjadi air mutlak yang suci lagi menyucikan. Guru agama mesti menjauhkan diri daripada segala macam sifat mazmumah demi untuk menjadi teladan kepada masyarakat dan membantu masyarakat untuk menghidupkan iklim dini dalam kehidupan mereka.

Orang yang yakin dengan anugerah rezeki Allah akan sentiasa hidup dalam ketenangan. Orang yang tenang akan hidup senang, tetapi orang senang belum tentu hidupnya tenang.

SELAMAT DATANG PELAJAR PROGRAM LPBS KDC JQAF AMBILAN JANUARI 2011



Seluruh warga JAPIM mengalukan para pelajar Program LPBS KDC j-QAF Ambilan Januari 2011 dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda dianugerahkan peluang untuk mencebur diri dalam bidang pendidikan. Mudah-mudahan anda telah bersedia dari segi fizikal, mental dan spiritual untuk menjadi seorang guru yang dedikasi dan sanggup mendepani cabaran dalam dunia pendidikan yang serba unik.

Untuk makluman para pelajar, suatu taklimat kurikulum akan diadakan di bawah kelolaan JAPIM mulai 7 hingga 10 Januari 2011. Kehadiran adalah wajib. Sila berhubung dengan Penyelaras Program LPBS j-QAF, Ustaz Md Zuki Bin Hashim untuk mendapat maklumat lanjut.

Sila muaturun jadual tentatif taklimat tersebut melalui capaian ini.

Sunday, January 16, 2011

LPS-Kursus Mentoring Praktikum 1/2011

Siri Latihan Pembangunan Staf bagi Jabatan Pendidikan Islam & Moral dimulai dengan Kursus Mentoring Praktikum 1/2011. Butiran kursus tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 dan 18 Januari 2011
Hari: Isnin dan Selasa
Masa: 0800 - 1700
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan.
Kumpulan Sasar: Semua pensyarah JAPIM
Fasilitator:
1. Puan Hajjah Afifah Binti Abu Bakar
2. Tuan Haji Wan Mohd Badruddin Abd Rahman
3. Dr Pushpavalli

Sehubungan dengan itu, para pelajar diharap dapat menghubingi pensyarah masing-masing berkaitan dengan urusan kuliah dan tugasan.

Bagi pelajar P1H dan P1A Kursus Tamadun Islam & Tamadun Asia di bawah bimbingan Ustaz Md Zuki Bin Hashim, sila download tugasan kuliah ganti di laman blog titaspismp.

Sekian, harap maklum.

.........................................

Hari pertama kursus dipenuhi dengan slot penyelarasan Rancangan Pengajaran & Pembelajaran. Penyelarasan ditumpukan kepada format RPH, item-item yang perlu ada dan format penulisan refleksi yang lebih bermakna. Pensyarah dan pelajar boleh memuaturun borang RPH di sini.

Ralat: Contoh yang dimuatnaik sebelum ini terdapat sedikit ralat tentang penerapan nilai. Sila klik semula link borang RPH untuk dapatkan contoh terkini.

Wednesday, January 5, 2011

MESYUARAT JABATAN 1/2011




Jabatan Pendidikan Islam & Moral telah mengadakan mesyuarat jabatan buat kali pertama bagi tahun 2011 seperti butiran berikut:

Tarikh: 6 Januari 2011
Hari: Khamis
Masa: 1100
Tempat: Bilik JAPIM di bangunan GERKO

Agenda:

1. Ucapan aluan Pengerusi.
2. Perkara berbangkit.
3. Perlantikan SU & Bendahari 2011.
4. Pengagihan jadual waktu.
5. Penyelaras mata pelajaran.
6. MQA & ISO.
7. Aktiviti JAPIM.
8. Hal-hal lain.