Tuesday, January 31, 2012

LPS Kursus Pembinaan KKBI

Dimaklumkan bahawa semua pensyarah akan menghadiri Kursus Pembinaan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu dalam siri Latihan Pembanagunan Staf bagi tahun 2012 untuk mempertingkatkan profesionalisme sepanjang melaksanakan tugas.  Kursus tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 1 dan 2 Februari 2012 (Rabu dan Khamis)
Masa: 0800 - 1700
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan.

Justeru semua pelajar yang terlibat dengan sesi interaksi dengan semua pensyarah JAPIM dapat disempurnakan berdasarkan perbincangan dengan pensyarah masing-masing.

Wednesday, January 18, 2012

Minggu Taklimat Kurikulum j-QAF Ambilan Februari 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Seluruh warga Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, IPG Kampus Sultan Abdul Halim mengucapkan Selamat Datang kepada Guru Pelatih Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah bagi  Kumpulan j-QAF Ambilan Februari 2012.

Tuan/puan dikehendaki menghadiri minggu pengurusan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG KSAH.  Tuan/puan juga dikehendaki menghadiri minggu taklimat kurikulum seperti butiran berikut:

Tarikh: 6 - 9 Februari 2012 ( Isnin - Khamis )
Masa: 0800-1700
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Kedah.
Kelolaan: Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPG KSAH
Pengurus Kursus: Ustaz Md Zuki Bin Hashim ( Penyelaras j-QAF, IPG KSAH )
Nombor perhubungan: 019-4813565

Jadual Tentatif Taklimat 2012 (1)
Jadual Tentatif Taklimat 2012 (2)

Untuk makluman, jadual taklimat akan disampaikan melalui blog ini sedikit masa lagi.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.



Wednesday, January 11, 2012

PRAKTIKUM

Dimaklumkan bahawa praktikum dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF akan bermula pada 29@30 Januari 2012 dan akan berakhir pada 26@27 April 2012.

Semua Guru Pelatih dinasihat supaya:
1. Memberikan perhatian terhadap praktikum tersebut. 
2. Buatlah yang terbaikuntuk diri anda.
3. Berkorbanlah masa 12 minggu itu demi kecemerlangan profesion perguruan.
4. Berbincanglah dengan Guru Pembimbing untuk memudahcara amalan keguruan.
5. Rebutlah peluang menimba ilmu daripada Pensyarah Penyelia yang akan membimbing anda.
6. Utamakan kesempurnaan dokumen RPH dan Portfolio.
7. Sentiasa akur dan redha dengan kehendak pihak sekolah.

Anda mungkin boleh berkongsi pengetahuan awal melalui maklumat yang terdapat dalam blog praktikum di alamat http://praktikmengajar.blogspot.com/

Selamat maju jaya.