Saturday, July 24, 2010

LPS-Kursus Kajian Tindakan

LPS Kajian Tindakan untuk semua pensyarah JAPIM telah diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 13 - 14 Julai 2010
Hari: Selasa - Rabu
Masa: 0800 - 1700
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Kedah.

Urusetia: Dr. Ridhuan Bin Ahmad

Fasilitator: Dr Ahmad Garni Bin Hj. Said (Pensyarah Kanan Gred DG52)

Kandungan kursus yang telah disampaikan ialah sepertti berikut:
1. Konsep Kajian Tindakan
2. Contoh Amalan kajian Tindakan Dalam Pendidikan
3. Isu-isu Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Islam
4. Proposal Kajian Tindakan.
5. Penulisan Laporan Kajian Tindakan

Kehadiran:
Semua pensyarah JAPIM telah menghadiri kursus tersebut.

Rumusan:
1. Sebanyak 15 proposal Kajian Tindakan yang telah dihasilkan oleh peserta telah dibentang dalam kursus ini dan dicadangkan untuk direalisasikan setelah tamat kursus.
2. JAPIM dicadangkan supaya menerbitkan laporan Kajian Tindakan yang telah berjaya direalisasikan sebagai rujukan.
3. Segala perbelanjaan makan dan minum sepanjang kursus ini ditanggung oleh para peserta sendiri.

Monday, February 8, 2010

MESYUARAT JAPIM 2/2010

Mesyuarat JAPIM Kedua telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 8 Februari 2010
Hari: Isnin
Masa: 1100 - 1340
Tempat: Bilik Persidangan IPSAH

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Abd Rahman, Ketua Jabatan.

Majlis Sambutan Maál Hijrah


Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah diadakan serentak dengan Majlis Menyediakan Bubur Ashura dan Majlis Bacaan Yasin sempena keputraan DYMM Tuanku Sultan Kedah. Majlis-majlis ini telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Januari 2010
hari: Selasa
Masa: 0800-1500
Tempat: Perkarangan Surau IPSAH

Pengurus Projek: Ustaz Jazmi Bin Md Isa

Pengelola majlis:
1. Majlis Sambutan Maal Hijrah: Ustaz Jazmi Bin Md Isa.
2. Majlis menyediakan bubur Ashura: Puan Hajjah Afifah Binti Abu Bakar.
3. Majlis Bacaan Yasin: Ustaz Haron Bin Ismail.

Aturcara majlis:
0800 pagi - persediaan untuk bubur Ashura.
0900 pagi - gerak kerja menyediakan bubur Ashura.
1230 tengahari - Majlis bacaan yasin dikhalifah oleh Ustaz Haron Bin ismail.
1300 tengahari - Tazkirah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd. Badruddin Bin Abd Rahman.
1330 petang - Solat Zohor berjamaah.
1400 petang - Agihan bubur Ashura yang dikelolakan oleh Ustaz Azmi Bin Kamis.

laporan tambahan:
1. Sebanyak dua buah khemah tambahan telah didirikan untuk mengelolakan penyediaan bubur Ashura.
2. Sebanyak enam kawah bubur Ashura telah disediakan dan diagihkan kepada semua pensyarah dan pelajar yang membantu ketja penyediaan.
3. Pengelolaan majlis telah dijayakan sepenuhnya melalui pembiyaan daripada sumbangan pensyarah dan pekerja dan sumbangan perseorangan.