Wednesday, October 27, 2010

PANGGILAN HAJI



Seluruh warga JAPIM mengucapkan SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI DAN SEMOGA MEMPEROLEH HAJI MABRUR kepada dua orang pensyarah JAPIM iaitu Tuan Haji Ishak Bin Abd Manaf dan Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi yang telah dianugerahkan peluang untuk menziarahi Baitullah pada tahun ini (2010).

Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi akan berangkat pada 29 Oktober 2010. Manakala Tuan Haji Ishak Abd Manaf pula akan berangkat pada 4 November 2010.

Selamat Jalan dan Selamat Pulang.

Saturday, October 23, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2/2010

Para pensyarah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi semester 2/2010 kepada semua pelajar Pengajian Agama. Semoga anda dikurnia ketenangan dan keberkatan ilmu bagi menghadapi ujian tersebut.

Beberapa petua ringkas:

1. Tinggalkan bilik penginapan dengan harapan: Bismillahi Tawakkaltu Ala Allah.
2. Mulakan langkah ke dewan peperiksaan dengan tenang dan elakkan sebarang gangguan emosi.
3. Baca Bismillahi al-Rahman al-Rahim apabila mula membuaka kertas soalan. Baca soalan dan tanda mana-mana soalan yang akan dijawab.
4. Baca doa: Rabbi Isyrahli sadri ... hingga akhir sebelum memulakan jawapan.
5. Ucaplah Salawat ke atas Nabi Muhammad apabila menghadapi kerumitan dan kesulitan semasa menjawab soalan.
6. Ucaplah Al-Hamdulillah apabila selesai menjawab soalan dan bertawakkal kepada Allah.
7. Elak berbincang jawapan dengan rakan-rakan atau menyemak jawapan dalam buku kerana ia mungkin boleh menyebabkan gangguan emosi untuk menduduki peperiksaan seterusnya.

SELAMAT MAJU JAYA.

JAMUAN PERSARAAN MANTAN KETUA JABATAN











Pensyarah JAPIM telah mengadakan jamuan sempena meraikan persaraan mantan Ketua Jabatan, Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon seperti butiran berikut:

Tarikh: 19 Oktober 2010
Hari: Selasa
Masa: 1230
Tempat: Sungai Petani Inn

Aturcara:
1. Ucapan aluan Pengerusi (Puan Hajjah Saadiah Binti Haji Haron)
2. Jamuan
3. Ucapan setiap pensyarah JAPIM.
4. Ucapan Ketua Jabatan (Tuan Haji Ismail Bin Abd Rahman)
5. Ucapan Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon.

Info Tuan Haji Hasanaldin Bin Saidon

1. Jawatan Akhir ialah Pensyarah Kanan Gred DG52
2. Detik akhir persaraan ialah pada jam 1530 21 Oktober 2010 (Khamis).
3. Bersara wajib pada unsia 58 tahun.

Sekian. wassalam.