Tuesday, October 11, 2011

SEMINAR TAMADUN ISLAM

SEMINAR TAMADUN ISLAM

PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PENDAHULUAN

Perkembangan intelektual seringkali dikaitkan dengan budaya ilmu.  Budaya ilmu dapat diperkembangkan dengan beberapa strategi perkongsian pintar melalui muzakarah, kuliah, persembahan media, taklimat dan sebagainya. Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPG KSAH telah mengusahakan suatu percambahan ilmu melalui Seminar Tamadun Islam.

MATLAMAT

Memupuk budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga IPGKSAH.

OBJEKTIF

Bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan, maka pihak pengelola telah menetapkan objektif berikut:

1.       Melaksanakan seminar seperti terdapat dalam perancangan IPG KSAH.

2.       Mengaplikasi kaedah pengajaran berasaskan projek (PBL).

3.       Mempersembahkan enam hasil produk pembelajaran berasaskan projek.

4.       Menggalakkan budaya pemikiran kritis dan inovatif berdasarkan gagasan Kemahiran Abad Ke-21.

TEMA

KEPEMIMPINAN KHULAFAK AL-RASHIDIN SUMBER TELADAN

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Seminar dicadangkan untuk diadakan seperti butiran berikut:

                Tarikh:                  18 Oktober 2011
                Masa:                    1400 – 1630
                Tempat:               Surau IPG KSAH

PENGISIAN

Pengisian dalam seminar ini dicadangkan melibatkan beberapa produk hasil daripada program Pembelajaran Berasaskan Projek iaitu:

1.       Persembahan Laman Web
      2.       Persembahan Blog
      3.       Persembahan Movie
      4.       Persembahan Power Point
      5.       Persembahan  Banner
      6.       Persembahan Mind Mapping

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan seminar ini terbahagian kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pembentang dan kumpulan hadirin. Kumpulan pembentang adalah kumpulan pelajar PPISMP Ambilan Januari 2010 yang terlibat dengan program Pembelajaran Berasaskan Projek bagi mata pelajaran Pengajian Islam 1 (PA 3311).  Manakala kumpulam hadirin ialah semua pelajar jurusan Pengajian Islam yang sedang mengikuti pengajian di IPG KSAH dalam semester enam dan lapan.

PERASMIAN & PENUTUP

Perasmia dan penutup seminar akan disempurkan oleh Tuan Pengarah IPG KSAH.

PENUTUP

Semoga usaha sekecil ini dapat memupuk budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga IPG KSAH.  Manakala pelajar-pelajar terlibat pula dapat merasai peluang mempersembahkan kreativiti mereka dengan persembahan produk yang berbagai. Para Guru Pelatih pula dapat menghayati kaedah P&P berasaskan projek yang boleh diamalkan apabila mereka berada dalam  perkhidmatan pendidikan kelak. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan seminar ini.

Disediakan oleh,

USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
Pengurus Projek,
Seminar Tamadun Islam.

Wednesday, September 14, 2011

PENEMPATAN PENSYARAH DI BANGUNAN BARU

Assalamualaikum.
Untuk makluman para pengunjung blog ini bahawa dimaklumkan semua pensyarah JAPIM akan berpindah ke tingkat dua bangunan baru bersebelahan Blok B ( Bilik kuliah ). Berdasarkan surat pekeliling IPG KSAH, perpindahan ini bermula pada 20 September 2011. Seluruh pensyarah JAPIM ditempatkan di tingkat 2 bersama dengan Pengajian Melayu kecuali Ketua Jabatan JAPIM ditempatkan di aras bawah.

Kedudukan pensyarah JAPIM:
1. Tuan Haji Ismail Abd Rahman (Ketua Jabatan)............ Aras Bawah Bangunan Baru.
2. Ustaz Md Zuki Hashim (Guru Cemerlang)................... Aras Bawah Bangunan Baru.
3. Dr. Ridzwan Ahmad (Penyelaras PGSR)...................... Bilik Unit Praktikum Lama
4. Tuan Haji Ishak Abd Manaf ......................................... Unit LDP
5. Tuan Haji Mohd Sobri Hanafi (KJ HEP)....................... Pejabat HEP
6. Pensyarah JAPIM........................................................... Aras Tiga Bangunan Baru

Sekian untuk makluman.

Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI 2011

Seluruh warga JAPIM IPG KSAH mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI kepada semua muslin dan muslimat terutama warga IPG KSAH.  Semoga Aidil Fitri ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kita.

Warga JAPIM juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika sepanjang berinterasi selama ini terdapat kekhilafan yang dilakukan.

Semoga Aidil Fitri ini merupakan detik kebahagiaan anda semua.