Sunday, August 23, 2009

TAKLIMAT KURIKULUM PELAJAR JQAF AMBILAN JANUARI 2009


Taklimat kurikulum pelajar j-QAF Ambilan Januari 2009 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 19-22 Januari 2009

Hari: Isnin - Khamis

Masa: 0800 - 1630

Tempat: Makmal Ilmu, IPGM KSAH


Taklimat ini diadakan bagi mendedahkan pelajar baru jQAF tentang kurikulum yang bakal mereka ikuti sepanjang pengajian di IPGM KSAH melalui mod kursus dalam cuti (KDC). Pihak JPN Kedah juga dijemput untuk memberikan gambaran tentang susana kerja sebagai guru jQAF semasa pelajar menjalani latihan di sekolah berasaskan mod Program Latihan Berasaskan Sekolah.

Seramai 37 orang pelajar terlibat dalam taklimat ini. Pelajar-pelajar ini dikelompokkan dalam dua kelas A dan B. Kelas A diletakkan di bawah bimbingan (tutor) Tuan Haji Yahaya Bin Abdullah dan kelas B di bawah bimbingan Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi.

No comments:

Post a Comment