Sunday, August 23, 2009

TAKLIMAT KURIKULUM PELAJAR JQAF AMBILAN JANUARI 2009


Taklimat kurikulum pelajar j-QAF Ambilan Januari 2009 telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 19-22 Januari 2009

Hari: Isnin - Khamis

Masa: 0800 - 1630

Tempat: Makmal Ilmu, IPGM KSAH


Taklimat ini diadakan bagi mendedahkan pelajar baru jQAF tentang kurikulum yang bakal mereka ikuti sepanjang pengajian di IPGM KSAH melalui mod kursus dalam cuti (KDC). Pihak JPN Kedah juga dijemput untuk memberikan gambaran tentang susana kerja sebagai guru jQAF semasa pelajar menjalani latihan di sekolah berasaskan mod Program Latihan Berasaskan Sekolah.

Seramai 37 orang pelajar terlibat dalam taklimat ini. Pelajar-pelajar ini dikelompokkan dalam dua kelas A dan B. Kelas A diletakkan di bawah bimbingan (tutor) Tuan Haji Yahaya Bin Abdullah dan kelas B di bawah bimbingan Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi.

Monday, August 10, 2009

KPKI: Aplikasi Multiple Intelligence dalam pnp Pendidikan Islam


Kursus ini telah diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 11 dan 12 Ogos 2009
Hari: Selasa dan Rabu
Masa: 0800 - 1700
Tempat: Bilik Anjung, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi.
Peserta: 22 orang Guru Pendidikan Islam di daerah Langkawi.
Fasilitator: Ustaz Shukri Bin Ahmad, Ustaz Md Zuki Bin Hashim dan Ustazah Shabibah Binti Shaufit Affandi.
Urus Setia: Ustazah Muazah Binti Abu Samah (IPGM KSAH), Ustaz bahrin Bin Yaakob (PPDL) dan Ustaz Mohd Amin (Guru Cemerlang).

Kursus inii telah mendedahkan GPI kepada 8 elemen utama MI iaitu:


  1. Intrapersonal

  2. Interpersonal

  3. Logical-Methametical

  4. Linguistic

  5. Spatial

  6. Natural

  7. Bodily Kinnestetic

  8. Musical

Kursus ini dijalankan dengan kaedah syarahan, aktiviti pembelajaran koporatis dan kolaboratif, pnp berasaskan projek.


Thursday, August 6, 2009

Kursus Pendek Kelolaan Institut: Kursus Tarannum dan Rasm Uthmani


Kursus ini diadakan seperti butiran berikut;
Tarikh: 19 - 20 mei 2009
Hari: Selasa dan Rabu
Masa: 0800 - 1700
Tempat; PKG Tikan Batu
Peserta: 25 orang Guru Pendidikan Islam SR dan SM dari daerah Kuala Muda/Yan
Fasilitator: Tuan Haji Ismail Bin Abd Rahman ( Ketua Jabatan ), Ustazah Saadiah Binti Harun dan Ustaz Ishak Abdul Manaf.
Perasmian: Disempurnakan oleh En. Aznan Mat Akhir, Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, IPGM KSAH.