Saturday, October 23, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2/2010

Para pensyarah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi semester 2/2010 kepada semua pelajar Pengajian Agama. Semoga anda dikurnia ketenangan dan keberkatan ilmu bagi menghadapi ujian tersebut.

Beberapa petua ringkas:

1. Tinggalkan bilik penginapan dengan harapan: Bismillahi Tawakkaltu Ala Allah.
2. Mulakan langkah ke dewan peperiksaan dengan tenang dan elakkan sebarang gangguan emosi.
3. Baca Bismillahi al-Rahman al-Rahim apabila mula membuaka kertas soalan. Baca soalan dan tanda mana-mana soalan yang akan dijawab.
4. Baca doa: Rabbi Isyrahli sadri ... hingga akhir sebelum memulakan jawapan.
5. Ucaplah Salawat ke atas Nabi Muhammad apabila menghadapi kerumitan dan kesulitan semasa menjawab soalan.
6. Ucaplah Al-Hamdulillah apabila selesai menjawab soalan dan bertawakkal kepada Allah.
7. Elak berbincang jawapan dengan rakan-rakan atau menyemak jawapan dalam buku kerana ia mungkin boleh menyebabkan gangguan emosi untuk menduduki peperiksaan seterusnya.

SELAMAT MAJU JAYA.

1 comment: