Wednesday, January 26, 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR PROGRAM LPBS KDC JQAF AMBILAN JANUARI 2011



Seluruh warga JAPIM mengalukan para pelajar Program LPBS KDC j-QAF Ambilan Januari 2011 dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda dianugerahkan peluang untuk mencebur diri dalam bidang pendidikan. Mudah-mudahan anda telah bersedia dari segi fizikal, mental dan spiritual untuk menjadi seorang guru yang dedikasi dan sanggup mendepani cabaran dalam dunia pendidikan yang serba unik.

Untuk makluman para pelajar, suatu taklimat kurikulum akan diadakan di bawah kelolaan JAPIM mulai 7 hingga 10 Januari 2011. Kehadiran adalah wajib. Sila berhubung dengan Penyelaras Program LPBS j-QAF, Ustaz Md Zuki Bin Hashim untuk mendapat maklumat lanjut.

Sila muaturun jadual tentatif taklimat tersebut melalui capaian ini.

4 comments:

  1. syukran jazilan..amin..besok khamis hari terakhir untuk interaksi kali ni..akan berjumpa pula pada mac bulan depan..insyaALLAH..kami akn menyahut cabran dengan sebaik mungkin dlam menempuh kerjaya yang serba unik ini dengan ilmu pendidikan yg diperoleh di IPGKSAH..

    ReplyDelete
  2. Syukran Ust Md. Zuki dan pensyarah2 lain diatas taklimat yang diberikan kepada kami sepanjang Minggu Taklimat Kurikulum. Insya Allah segala nasihat dan tunjuk ajar akan kami praktikan sepanjang kursus ini berjalan...( baru upload gambar ke ustaz?)

    ReplyDelete
  3. Ustaz ana mintak izin untuk link muat turun modul ba 1,2,3 j-QAF dalam blog ana supaya kawan2 boleh muat turun..

    ReplyDelete
  4. salman, buatlah apa yang patut asalkan dapat disampaikan kepada rakan-rakan. Saya sdg usaha untuk modul ke web ipsah. tp folder tu besar sgt. tp saya dah bincang dgn admin untuk besarkan space setiap modul kepada 10 mega. Insya allah akan diusahakan. Modul tu lebih snang sbb antum cuma klik bulan untuk dpt modul yang akan dibincang dalam intersi masa cuti.

    ReplyDelete