Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Saya mengambil tindakan proaktif walaupun belum ada arahan rasmi daripada pihak IPG KSAH untuk melarang penggunaan nama IPG atau IPG KSAH bagi mana-mana blog yang diwujudkan tanpa kebenaran atau kelulusan pihak IPG. Arahan ini ada kewajarannya kerana dibimbangi ia akan dianggap lidah rasmi IPG KSAH sedangkan kandungannya tidak ditapis atau dikawal oleh pihak iPG. Tambahan pula IPG sememangnya sudah mempunyai laman sesawang sendiri. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk memuatkan berita berkaitan JAPIM ke dalam laman sesawang IPG KSAH. Cumanya saya sangat sayang dengan blog ini yang telah dihidupkan lebih dahulu daripada tanggungjawab tersebut dan mempunyai pengikut tersendiri. Oleh sebab itu saya tidak bercadang untuk menutup laman blog ini.
Sehubungan dengan itu, saya memohon sumbangan para pengunjung untuk menamakan laman blog ini selain daripada nama JAPIM IPG KSAH. Cadanglah apa nama dan nyatakan justifikasinya. Berilah respon anda dalam post ini.
Jasa baik semua pihak terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.
No comments:
Post a Comment