Tuesday, March 8, 2011

SURAT PANGGILAN INTERAKSI MASA CUTI

Untuk makluman para pelajar KPLI LPBS j-QAF mod kursus dalam cuti bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KSAH tidak mengurus surat panggilan untuk interaksi bersemuka semasa cuti. Oleh sebab itu, pihak JAPIM IPG KSAH mengambil inisistif memuatnaik surat tersebut ke blog ini untuk memudahkan para pelajar mendapatkannya untuk urusan rasmi dengan pihak sekolah.

Para pelajar perlu memuaturun surat berkenaan, cetak dan isi nama berserta alamat sekolah. Kemukakan surat ini kepada pihak sekolah untuk rekod rasmi.

Sila war-warkan kepada rakan-rakan.

SURAT PANGGILAN INTERAKSI SEMASA CUTI (halaman1 )
SURAT PANGGILAN INTERAKSI SEMASA CUTI (halaman 2)
JADUAL INTERAKSI MAC 2011 KELAS 1A
JADUAL INTERAKSI MAC 2011 KELAS 1B

Pihak JAPIM IPG KSAH mengharapkan kehadiran anda menghasilkan interaksi yang berkualiti melalui persediaan yang mantap. Perkemaskan diri anda dengan kefahaman yang mantap terhadap kandungan modul yang telah dimuaturun dari blog ini.

SELAMAT BERTEMU SEMUA, SELAMAT BERINTERAKSI, SEMALAT BELAJAR.

No comments:

Post a Comment