Monday, April 4, 2011

PRAKTIKUM 2011

Pengumuman buat Guru Pelatih yang sedang menjalani fasa praktikum supaya tidak mengambil mudah aspek penyeliaan dan bimbingan yang diberikan kepada anda. Sering kali kedapatan GP yang mula kurang memberikan perhatian kepada praktikum setelah selesai penyeliaan bersama antara pensyarah penyelia dan guru pembimbing. Sebenarnya masih ada lagi fasa pemantauan sehingga ke minggu akhir. Anda mesti sentiasa bersedia. Hany tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sabarlah.. Jika anda tidak sabar dengan tempoh itu, dibimbangi anda masuk ke dalam sistem pendidikan arus perdana dengan tahap profesionalisme yang rendah dan akibatnya akan ditanggung oleh para pelajar dalam bilik darjah serta habuan yang anda terima juga akan dipertikai oleh manusia di bumi dan Allah SWT. Sekian, harap maklum dan bersikap profesional.

1 comment:

  1. Terima Kasih Khas Buat Ustaz Zuki krn begitu memberi semangat kpd saya dalam saya menjalanii sesi praktikum. Namun saya akui begitu banyak kelemahan yg telah terjadi hasil dr kelemahan saya sendiri. Saya minta maaf sgt kpd ustaz krn tidak buat yang terbaik .. saya hanya mampu sekadarnya. Terima Kasih dgn nasihat dan ingatan ustaz. I.Allah saya akan cuba mendidik anak bangsa semampu saya .. Syukran Ustaz ..

    ReplyDelete