Wednesday, May 18, 2011

SURAT PANGGILAN INTERAKSI MEI/JUN 2011

Salam buat semua pelajar KPLI LPBS KDC j`QAF,

SURAT PANGGILAN INTERAKSI MEI/JUN 2011:
Halaman 1
Halaman 2

Bagi pelajar yang tiada apa-apa sekatan, anda boleh memuaturun surat panggilan interaksi KDC seperti di atas. Bagi pelajar yang mempunyai apa-apa sekatan seperti penangguhan, maka anda perlu mendapatkan surat pelepasan daripada sekatan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu.

Penyelaras j-QAF telah menghubungi En. Ng Tiak Sui (Penyelaras KDC) dan dimaklumkan bahawa semua surat panggilan interaksi telah dihantar ke sekolah anda melalui Guru Besar.

Penyelaras j-QAF juga difahamkan bahawa pada interaksi November/Disember dan seterusnya, pihak Unit KDC akan menerbitkan surat secara online dan para pelajar perlu login dengan nombor KP atau apa-apa nombor pengenalan untuk mendapatkan surat panggilan anda. Pihak JAPIM yakin anda tidak menghadapi masalah dengan aplikasi ini.

Sekian untuk makluman.

Tuesday, May 17, 2011

INTERAKSI BERSEMUKA MEI-JUN MOD KDC

Salam buat semua pelajar KPLI LPBS j-QAF,
Sukacita dimaklumkan bahawa interaksi bersemuka kursus dalam cuti bagi bulan Mei dan Jun akan bermula pada 28 Mei 2011 dan dijangka tamat pada 9 Jun 2011. Surat panggilan diurus oleh Unit Kursus Dalam Cuti. Jika surat panggilan tidak diterima, sila maklum kepada penyelaras (Ustaz Md Zuki) dengan kadar segera supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Walaupun begitu perlu diambil ingatan bahawa anda dikehendaki menghadiri interaksi ini. Jadual interaksi untuk kelas sudah boleh dimuaturun dari laman web IPG KSAH.

Diharapkan semua pelajar yang akan hadir interaksi KDC dapat melengkapkan diri dengan ulangkaji modul yang telah ditetapkan.

Sekian, harap maklum dan ambil tindakan.

Monday, May 2, 2011

LPS KURSUS PEMANTAPAN LAMAN BLOG PENSYARAH JAPIM

Jabatan Pendidikan Islam & Moral akan menganjurkan Kursus Pemantapan Laman Blog Pensyarah JAPIM siri ke2. Siri pertama kursus ini telah diadakan pada tahun 2010 dan berjaya menzahirkan 13 laman blog pensyarah.

Kursus kali ini mempunyai matlamat yang lebih jauh jangkauannya iaitu:
1. Memenuhi tuntutan pendidikan anak-anak masa kini yang terdedahkan kepada aplikasi teknologi maklumat yang serba canggih.
2. Memenuhi tuntutan dan keperluan gagasan The New IPG.

Bagi mencapai matlamat ini, maka pihak penganjur telah mensasarkan objektif kursus ini seperti berikut:
1. Mengemaskini laman blog sedia ada sebagai perkongsia pintar dengan para pelajar.
2. Mempertingkatkan tahap interaktif laman blog dengan beberapa ciri tambahan.
3. Melengkapkan para pensyarah JAPIM bagi memenuhi keperluan kepakaran berdasarkan kemahiran dan literasi teknologi maklumat.

Kursus ini akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 10, 11 dan 12 Mei 2011
Masa: 0800 - 1700
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Kedah.
Pengurus: Ustaz Md Zuki Bin Hashim (0194813565)
Fasilitator: En. Rujhan dan Tuan Haji Raji.


Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu para pensyarah untuk mempunyai kelebihan bersaing dalam pasaran perjawatan di IPG dan memberikan manfaat perkongsian ilmu secara maya dengan para pelajar.