Jabatan Pendidikan Islam & Moral akan menganjurkan Kursus Pemantapan Laman Blog Pensyarah JAPIM siri ke2. Siri pertama kursus ini telah diadakan pada tahun 2010 dan berjaya menzahirkan 13 laman blog pensyarah.
Kursus kali ini mempunyai matlamat yang lebih jauh jangkauannya iaitu:
1. Memenuhi tuntutan pendidikan anak-anak masa kini yang terdedahkan kepada aplikasi teknologi maklumat yang serba canggih.
2. Memenuhi tuntutan dan keperluan gagasan The New IPG.
Bagi mencapai matlamat ini, maka pihak penganjur telah mensasarkan objektif kursus ini seperti berikut:
1. Mengemaskini laman blog sedia ada sebagai perkongsia pintar dengan para pelajar.
2. Mempertingkatkan tahap interaktif laman blog dengan beberapa ciri tambahan.
3. Melengkapkan para pensyarah JAPIM bagi memenuhi keperluan kepakaran berdasarkan kemahiran dan literasi teknologi maklumat.
Kursus ini akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 10, 11 dan 12 Mei 2011
Masa: 0800 - 1700
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, Kedah.
Pengurus: Ustaz Md Zuki Bin Hashim (0194813565)
Fasilitator: En. Rujhan dan Tuan Haji Raji.
Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu para pensyarah untuk mempunyai kelebihan bersaing dalam pasaran perjawatan di IPG dan memberikan manfaat perkongsian ilmu secara maya dengan para pelajar.
No comments:
Post a Comment