Sunday, February 27, 2011

INTERAKSI BERSEMUKA MAC 2011

Assalamualaikum.
Kepada semua Guru Pelatih Program LPBS KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011,
adalah dimaklumkan bahawa pihak IPG KPM telah membuat keputusan bahawa interaksi Mac 2011 akan dilaksanakan bagi menggantikan interaksi bersemuka pada bulan Ogos/September disebabkan curi sempena sambutan Hari Raya Fitrah 2011.

Sehubungan dengan itu anda dikehendaki mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:

1. Menghantarkan alamat sekolah masing-masing kepada penyelaras program ( Ustaz Md Zuki ) melalui faksimili surat penempatan ke talian 04-4218582 dengan kadar segera untuk membolehkan pihak Jawatankuasa KDC menghantar surat panggilan kepada anda. Surat penempatan anda diperlukan sebagai dokumen rujukan. Walaupun begitu maklumat yang telah diemelkan kepada penyelaras telah diambil maklum. Terima kasih kepada yang cekap dan pantas bertindak.

2. Jika anda tidak menerima surat panggilan menghadiri interaksi pada Mac ini, maka ambil perhatian bahawa anda diwajibkan hadir interaksi tersebut juga.

3. Anda dikehendaki menelaah modul-modul sebelum menghadiri interaksi. Untuk interaksi kali ini ia tetap bermula dengan modul pertama yang melibatkan modul major (Pendidikan Islam/Bahasa Arab) dan minor (Pendidikan Islam/Bahasa Arab). Untuk interaksi kali ini minor Pengajian Al-Quran tidak dilibatkan.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, February 15, 2011

MAULUD AL-RASUL

Selamat meraikan hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan usaha memperingatinya akan mendorong seluruh umat Islam secara istiqamah mengamalkan sunnagh baginda.

Hidupkan amalan sunnah dalam kehidupan kita semoga Allah akan mengurniakan rahmah dan barakah.

Dimaklumkan bahawa Badan Dakwah dan Surau IPG KSAH mengadakan Forum Maulid Al-Rasul seperti butiran berikut:

Tarikh: 16 Jun 2011 bersamaan 13 Rabiul Awal
Hari: Rabu
Masa: 2115
Tempat: Dewan Al-Bukhari
Tema: Insan Mulia Pemilik Cinta Kedua.

Sama-samalah kita menyedikan ruang masa untuk menghadiri forum tersebut. Semua dijemput hadir. Tahniah kepada pihak penganjur.

Sunday, February 13, 2011

NAMA BLOG JAPIM IPSAH

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Saya mengambil tindakan proaktif walaupun belum ada arahan rasmi daripada pihak IPG KSAH untuk melarang penggunaan nama IPG atau IPG KSAH bagi mana-mana blog yang diwujudkan tanpa kebenaran atau kelulusan pihak IPG. Arahan ini ada kewajarannya kerana dibimbangi ia akan dianggap lidah rasmi IPG KSAH sedangkan kandungannya tidak ditapis atau dikawal oleh pihak iPG. Tambahan pula IPG sememangnya sudah mempunyai laman sesawang sendiri. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk memuatkan berita berkaitan JAPIM ke dalam laman sesawang IPG KSAH. Cumanya saya sangat sayang dengan blog ini yang telah dihidupkan lebih dahulu daripada tanggungjawab tersebut dan mempunyai pengikut tersendiri. Oleh sebab itu saya tidak bercadang untuk menutup laman blog ini.

Sehubungan dengan itu, saya memohon sumbangan para pengunjung untuk menamakan laman blog ini selain daripada nama JAPIM IPG KSAH. Cadanglah apa nama dan nyatakan justifikasinya. Berilah respon anda dalam post ini.

Jasa baik semua pihak terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.