Friday, April 22, 2011

KONVOKESYEN KPLI j-QAF AMBILAN JUN 2009

Terima kasih kepada saudara Husaini kepada telah memklumkan tentang Majlis Konvokesyen j-QAF AMbilan Jun 2009. Pada keesokan harinya penyelaras jQAF terserempak dengan salah seorang kerani Unit HEP IPG KSAH berhampiran pejabat Unit Peperiksaan & Penilaian dan beliau memaklumkan bahawa Konvokesyen jQAF Ambilan Jun 2009 akan diadakan di IPG KSAH pada bulan Mei ini.
Sehubungan dengan itu, pihak JAPIM mengharap kesemua pelajar terlibat dapat menghubungi Unit HEP untuk keterangan lanjut dan dapatkan maklumat berkaitan di laman sesawang IPH KSAH.
Sekian, harap maklum.

Tuesday, April 5, 2011

MODUL KDPM LPBS KDC SABK

Al-Hamdulillah pihak JAPIM telah menguasahakan kaedah penyempaian yang mesra pelanggan dengan memuatnaik beberapa siri Modul KDPM LPBS KDC SABK untuk memudahkan para pelajar memilikinya dan menelaah sebelum hadir interaksi bersemuka ketika cuti sekolah sebagaimana ditetapkan oleh pihak IPG. Para pelajar boleh mendapat modul-modul tersebut dengan mengketik link modul berkenaan pada bahagian gadjet blog ini. Selamat Maju Jaya.

Monday, April 4, 2011

PRAKTIKUM 2011

Pengumuman buat Guru Pelatih yang sedang menjalani fasa praktikum supaya tidak mengambil mudah aspek penyeliaan dan bimbingan yang diberikan kepada anda. Sering kali kedapatan GP yang mula kurang memberikan perhatian kepada praktikum setelah selesai penyeliaan bersama antara pensyarah penyelia dan guru pembimbing. Sebenarnya masih ada lagi fasa pemantauan sehingga ke minggu akhir. Anda mesti sentiasa bersedia. Hany tinggal beberapa hari sahaja lagi. Sabarlah.. Jika anda tidak sabar dengan tempoh itu, dibimbangi anda masuk ke dalam sistem pendidikan arus perdana dengan tahap profesionalisme yang rendah dan akibatnya akan ditanggung oleh para pelajar dalam bilik darjah serta habuan yang anda terima juga akan dipertikai oleh manusia di bumi dan Allah SWT. Sekian, harap maklum dan bersikap profesional.