Friday, July 13, 2012

MAHRAJAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM






KERTAS CADANGAN MAJLIS UJIAN HAFAZAN,
TAFSIR, DAN TILAWAH AL-QURAN
PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
8 JULAI HINGGA 12 JULAI 2012
DI KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

1.0         Pengenalan
 Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara baik serta melarang daripada segala perkara mungkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya."                                                                               
(Ali'imran:104)
Tidak dinafikan bahawa tarbiah Islamiah memainkan peranan yang penting dalam memberikan kefahaman yang benar dan jitu tentang Islam.Hal ini kerana Islam yang dianuti dan diyakini ini sepatutnya difahami dengan fahaman yang syamil dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Tambahan lagi, Islam (الدين المنهج )diturunkan untuk menjaga kemaslahatan hidup manusia  di dunia dan akhirat . Justeru, demi menepati kehendak yang suci dan murni tersebut, maka fikrah tarbiah Islamiah syamilah itu sepatutnya dimanfaatkan oleh syabab Muslim yang meletakkan Allah sebagai Khaliqnya dan Rasulullah sebagai (قدوة ).Seterusnya kefahaman yang telah meresap ke dalam jiwa tersebut dapat dialirkan dan disebarkan ke dalam masyarakat bertujuan untuk mengamat mereka ke arah memberi al-‘Ubudiyyah dan wala‘ hanya kepada Allah semata-mata .

Sehubungan itu,Badan Dakwah dan Surau dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral akan mengadakan Majlis Ujian Hafazan,Tafsir dan Tilawah Al-Quran bertempat di kampus Sultan Abdul Halim bagi membuat pemilihan calon yang akan mewakili IPG KSAH ke peringkat kebangsaan. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan merealisasikan matlamat mewujudkan mahasiswa/wi yang berketerampilan dan mempunyai jati diri Islam berasaskan aset fitrah yang dikurniakan oleh Allah swt. Program ini merupakan lanjutan kurikulum Pengajian Islam Asas yang diwajibkan kepada semua guru pelatih Islam. Oleh sebab itu, JAPIM telah memasukkan Majlis Ujian Hafazan, Tafsir dan Tilawah Al-Quran   ke dalam takwim IPG Kampus Sultan Abdul Halim 2012.

2.0       Objektif

2.1         Membuat pemilihan calon untuk bertanding pada Majlis Ujian Hafazan, Tafsir dan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.
2.2         Memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang cara hidup
           Islam yang sebenar.
2.3         Mewujudkan bi’ah Islamiah yang semakin pudar dalam kalangan guru pelatih. 
2.3       Menggalakan guru-guru pelatih menyertai program-program
           keagamaan yang boleh membentuk jati diri muslim yang sejati.
2.4      Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan warga
            pendidik muslim.
2.5       Menghasilkan minda yang kritis dan kreatif berdasarkan program kesenian yang dianjurkan

3.0       Tajuk

Majlis Ujian Hafazan, Tafsir, dan Tilawah Al-Quran (MUHTTQ)

4.0       Tema

“Ayuh Menyelongkar Keindahan Islam”

5.0 Tarikh

8Julai hingga 12 Julai 2012 (Ahad – Khamis)

6.0Tempat

6.1 Dewan Munsyi
6.2 Dewan Bukhari
6.3 Surau IPG KSAH
6.4 Ruang legar IPG KSAH
7.0       Anjuran

7.1   Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Sultan Abdul Halim
7.2   Dengan Kerjasama Badan Dakwah dan Surau
.
8.0       Penyertaan

Terbuka kepada guru-guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim

9.0       Organisasi Jawatankuasa Program
           
9.1   Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung                    :          Tn. Haji Mustapha bin Abd Hamid
Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Penasihat                    :         Tn. Hj Ahmad Shobri bin Saad
            Timb. Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Pengerusi                  :          Tn.Hj. Ismail b. Abdul Rahman
            Ketua Jabatan JAPIM

Tim. Pengerusi         :          Pn. Hjh.  Afifah bt. Abu Bakar
                                                Timbalan Ketua Jabatan JAPIM

Setiausaha                :          Tn.Hj.Ishak b. Abd.Manaf

Pen. Setiausaha       :           Pn. Saadiah bt. Haron

Bendahari                 :           Tn.Hj.Dr. Ridzuan b. Ahmad

AJK                           :
           
Tn.Hj.Wan Mohd Badrudin b.Abd Rahman
Tn.Hj. Mohd Sobri b. Hanafi
Tn.Hj Haron b.Ismail
Tn.Hj Azmi b. Khamis
Tn.Hj. Ismail b. Mat Ludin
Ustaz Jazmi b Md. Isa
Tn. Hj. Dr. Abdul Rahman bin Abdullah
En. Md. Zuki b. Hashim
En.Mohd Shukri b. Ahmad
Pn. Hjh Shabibah bt. Shaufiq Afandi
Pn. Muazzah bt. Abu Samah
Pn. Saadiah bt Haron
Pn. Gazilah bt. Mohd. Isa
  
9.2       Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras Eksekutif I                    :  Muhammad Zubairi bin Zakaria
Penyelaras Eksekutif II                   :  Solihin bin Ahmad Bakary
Timb. Penyelaras Eksekutif           :  Nurulhuda bt Ariff
Setiausaha                                       :  Muhammad Faiezzullah bin Shaari
Timb. Setiausaha                             :  Nurul Aina bt Hazimin
Bendahari                                         :  Mohd Syafiq bin Shamsuddin
Timb. Bendahari                              :  Intan Munirah binti Mohd Nordin
Penyelaras                                        :  Muhammad Fathi Hakimi bin Ahmad Rifqi  
Timb. Penyelaras 1             :  Rusila Farhana bt Muhamad
Timb. Penyelaras 2             :  Amirah bt Mohd Tarmizi

Eksekutif Program & Pengisian
Pensyarah Penasihat   : En. Mohd Zuki b. Hashim

Eksekutif Teknikal Dan Protokol
Pensyarah Penasihat   : En. Azmi Bin Khamis

Eksekutif Penerbitan Dan Publisiti
Pensyarah Penasihat   : En. Mohd Shukri b. Ahmad

Eksekutif Makanan Dan Kebersihan
Pensyarah Penasihat   : Pn. Muazzah bt. Abu Samah

Eksekutif Sambutan Dan Pendaftaran
Pensyarah Penasihat   : En. Ismail b. Abdul Rahman
           
Eksekutif Tugas-Tugas Khas
Pensyarah Penasihat   : Dr. Abdul Rahman bin Abdullah

Eksekutif Dokumentasi, Hadiah & Cenderamata
Pensyarah Penasihat   : Pn. Gazilah bt. Mohd. Isa

Ketua Jemaah Hakim
Pensyarah Penasihat   : Pn. Saadiah bt. Haron

10.0 Kurikulum

10.1 Jadual Program Majlis Tilawah Al-Quran 2012


Tarikh
Hari
Aktiviti
Masa
Tempat
8 Julai 2012
Ahad
Majlis Perasmian
Tilawah
7.30-11.30 mlm
Dewan Munsyi
9 Julai 2012
Isnin
Hafazan


8.30-11.00 mlm

Dewan Bukhari

10 Julai 2012
Selasa
Tafsir Al-Quran

8.30-11.00 mlm
Dewan Bukhari
Tulisan Khat
8.30-11.00 mlm
Ruang Legar
11 Julai 2012
Rabu
Nasyid (Perempuan)


8.30-11.00 mlm
Dewan Munsyi



12 Julai 2012
Khamis
Nasyid (Lelaki)
8.30-11.00 mlm
Dewan Munsyi
15 Julai 2012
Ahad
Persembahan Pemenang dan Majlis Penyampaian Hadiah
(Majlis Penutupan)
7.30-11.30 mlm
Dewan Munsyi

 


11.0    Tentatif Perjalanan Program

            Lampiran I

 

12.0    Objektif Aktiviti
            Lampiran II

13.0    Anggaran Belanjawan
            Lampiran III

LAMPIRAN I

Tentatif Program

Hari : Ahad

(Tilawah Al-Quran- Dewan Munsyi)
Majlis Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran

7.30 malam : Ketibaan para VIP
                         (Solat Maghrib di surau)

8.00 malam : Jamuan makan di ruang legar (Pensyarah)
                        Pendaftaran peserta di Dewan Munsyi

8.30 malam : Ketibaan VIP di Dewan Munsyi

v  Kata alu-aluan daripada Pengerusi Majlis
v  Bacaan doa oleh Abu Bakar bin Abdullah

9.00 malam : Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Program
                        (Tn. Hj. Ismail b. Abdul Rahman, Ketua Unit JAPIM)
                        Ucapan Perasmian daripada Timbalan Pengarah IPG Kampus                    Sultan Abdul Halim
                        (Tn. Hj. Ahmad Shobri b. Saad, Timbalan Pengarah IPG                                Kampus Sultan Abdul Halim)

9.30 malam :  Pertandingan dimulakan

11.30 malam : Pertandingan tamat dan majlis bersurai
_____________________________________________________________

Hari : Isnin

(Hafazan-Dewan Bukhari)

8.00 malam : Pendaftaran peserta

8.15 malam : Para peserta dan para hadirin mengambil tempat duduk                                masing-masing.

8.30 malam : Majlis dimulakan dengan bacaan doa

v  Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis

9.00 malam : Pertandingan dimulakan

11.00 malam : Pertandingan tamat 


Hari : Selasa

(Tafsir Al-Quran - Dewan Bukhari)
(Tulisan Khat - Ruang Legar)

8.00 malam : Pendaftaran peserta

8.15 malam : Para peserta dan para hadirin mengambil tempat duduk                                masing-masing.

8.30 malam : Majlis dimulai dengan bacaan doa

v  Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis

9.00 malam : Pertandingan dimulakan

11.00 malam : Pertandingan tamat 
______________________________________________________________

Hari : Rabu

(Nasyid Perempuan - Dewan Munsyi) 

8.00 malam   : Pendaftaran peserta

8.15 malam   : Para peserta dan para hadirin mengambil tempat duduk                              masing-masing.

8.30 malam   : Majlis dimulai dengan bacaan doa

v  Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis

9.00 malam   : Pertandingan dimulakan

11.00 malam : Pertandingan tamat 

_______________________________
Hari : Khamis

(Nasyid Lelaki - Dewan Munsyi)

8.00 malam   : Pendaftaran peserta

8.15 malam   : Para peserta dan para hadirin mengambil tempat duduk                              masing-masing.

8.30 malam   : Majlis dimulai dengan bacaan doa

v  Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi majlis

9.00 malam   : Pertandingan dimulakan

11.00 malam : Pertandingan tamat 
_____________________________________________________________

Hari : Ahad

(Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah - Dewan Munsyi)

7.30 malam   : Ketibaan para VIP
                         (Solat Maghrib di surau)

8.00 malam   : Jamuan makan di ruang legar (Pensyarah)
                       
8.30 malam   : Ketibaan VIP di Dewan Munsyi

v  Kata alu-aluan daripada Pengerusi Majlis
v  Bacaan doa oleh Abu Bakar bin Abdullah

9.00 malam   : Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Program
                        (Tn. Hj. Ismail b. Abdul Rahman, Ketua Jabatan JAPIM)
                        Ucapan Perasmian Penutupan daripada Pengarah IPG                                Kampus Sultan Abdul Halim
(Tn. Hj Mustapha bin Abd Hamid, Pengarah IPG Kampus      Sultan Abdul Halim)

9.30 malam   : Persembahan pemenang dimulakan

10.30 malam : Penyampaian hadiah
11.30 malam : Majlis bersurai
_____________________________________________________________
LAMPIRAN II
Objektif Aktiviti
Tarikh
Hari
Aktiviti
Masa
Objektif
8/7/2012
Ahad
Tilawah
7.30-11.30 mlm
Mencungkil bakat guru pelatih dalam bacaan Al-Quran secara serta memupuk semangat cinta akan Al-Quran.

9/7/2012
Isnin
Hafazan



8.00-11.00 mlm



Mencungkil bakat peserta dalam menghafaz ayat-ayat suci al-Quran


10/7/2012
Selasa
Tafsir Al-Quran



Tulisan Khat
8.00-11.00 mlm



8.00-11.00 mlm
Menguji kemampuan dan pengetahuan dalam mentafsir al-Quran

Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang keindahan seni Islam melalui penulisan khat

11/7/2012
Rabu
Nasyid (Perempuan)






8.00-11.00 mlm






Menggalakkan guru pelatih meminati irama nasyid di samping mencari bakat baru dalam kalangan peserta yang boleh diperkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

12/7/2012
Khamis
Nasyid (Lelaki)
8.00-11.00 mlm
Menggalakkan guru pelatih meminati irama nasyid di samping mencari bakat baru dalam kalangan peserta yang boleh dibawa  ke peringkat yang lebih tinggi.


No comments:

Post a Comment