Wednesday, August 1, 2012

IFTAR JAMA'IE BERSAMA REKTOR

Adalah dimaklumkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Dr. Halili Bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membayangkan kesudian untuk sama-sama berbuka puasa bersempena Program Iftar Jama'ie peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada 6 Ogos 2012 bertempat di surau IPGKSAH.

Seluruh warga IPG KSAH dijemput hadir bagi meraikan kunjungan Yang Berbahagia Rektor.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang bertanggungjawab mengetuai pengelolaan Program Ihyak Ramadhan mengucapkan Selamat Datang kepada Yang Berbahagia Rektor serta merakamkan jutaan terima kasih.  Kami amat gembira dengan kunjungan Yang Berbahagia Datuk.

No comments:

Post a Comment