Sunday, August 22, 2010

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG IPG KSAH

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat IPG KSAH telah diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 22 Ogos 2010
Hari: Ahad
Masa: 1100
Tempat: Dewan Munshi

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Yang Berbahagian datuk Dr. Haili Bin Dolhan, Rektor IPG Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuan Haji Ishak Bin Abdul Manaf telah dinobatkan sebagai penerima anugerah mewakili JAPIM. Tahniah diucapkan.

Rumusan Majlis:

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang umpama buah daripada sepohon pokok yang telah bekerja kuat untuk melaksanakan semua proses penyuburan (Cik Asniza, Pengacara Majlis). Pensyarah perlu menjadi akar tunjang yang kuat agar dapat menzahirkan para guru pelatih yang cemerlang (Rektor IPG KPM). Akar dan pohon mampu kuat dan subur jika dibajai dengan berkesan (Dr. Siti Hajar).

Beberapa persoalan telah dibangkitkan untuk pengetahuan danm respon Rektor:

1. Pengganti pengarah yang bakal pencen awal September 2010 perlu berwibawa, berintegriti dan memahami situasi IPG KSAH.
2. Pengambilan guru pelatih perlu lebih teliti dan akur kepada kouta dan kelayakan calon.
3. Masalah jam bekerja para pensyarah di IPG memerlukan pertimbangan yang lebih teliti.
4. Masalah kawalan disiplin dalam kalangan pelajar perlu akur kepada pekeliling KPM.
5. Pensyarah perlu dibajai dengan prasarana yang lebih selesa agar menjadi akar tunjang yang kukuh dan bermanfaat kepada akar-akar lain (guru pelatih).
6. Perpustakaan perlu dikemaskini dengan sumber rujukan yang terkini dan muktabar.

No comments:

Post a Comment