Monday, July 26, 2010

Laporan LPS JAPIM Kursus Aplikasi Blog Dalam P&P Pengajian Islam PISMP


LAPORAN LATIHAN PEMBANGUNAN STAF
KURSUS INOVASI LAMAN BLOG
DALAM P&P PENGAJIAN ISLAM (PISMP)

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran mempunyai hasrat dan visi untuk mengangkat martabat pendidikan Negara ke taraf dunia. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di semua peringkat pendidikan mesti senandung dengan visi berkenaan. Aplikasi pengajaran dan pembelajaran melalui laman sesawang merupakan salah satu daripada gagasan bagi merealisasikan wawasan murni kementerian. Justeru itu, semua pihak dalam sistem pendidikan Negara mesti memanfaatkan semua prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mencapai hasrat ini.

2. RASIONAL

Dunia pembelajaran pelajar sudah mengalami pelbagai inovasi terutama dalam bidang teknologi maklumat. Bidang teknologi maklumat yang sangat signifikan ialah aplikasi laman sesawang. Aplikasi laman sesawang telah membantu kegiatan akses maklumat secara atas talian dengan mudah, cepat dan berkesan. Oleh sebab itu, para pensyarah mesti bertanggungjawab secara professional membantu para pelajar memperolehi maklumat dengan pantas melalui laman blog masing-masing. Khidmat sokongan ini dapat membantu pelajar menjimatkan masa mengakses maklumat dan tidak merasa terbeban dengan tugasan yang diagihkan kepada mereka. Hasilan kursus ini telah dijadikan sebagai usaha inovasi peringkat jabatan dan IPG.

3. OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, para peserta telah dapat:

1. Mencipta laman blog masing-masing. Sebanyak 13 (87%) laman blog telah berjaya dibina ( Rujuk senarai berkelat ). Lima peserta lagi tidak dapat membina laman blog disebabkan talian streamix yang tidak dapat menampung banyak PC yang beroperasi serentak.
2. Menukar format fail-fail daripada doc kepada pdf. Semua peserta Berjaya install program PDF Creator dan mengaplikasikannya terhadap beberapa dokumen untuk dimuatnaik ke storan di 4shared.
3. Memuatnaik bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran ke ruang storan. Semua peserta berjaya membuka akaun mereka sendiri dengan penyedia storan di 4shared dengan peruntukan ruang 10 GB secara percuma dan melakukan beberapa transaksi sebagai latihan.
4. Mengaktifkan link dari laman blog ke storan. Aplikasi ini juga telah berjaya direalisasikan oleh peserta yang telah membina laman blog mereka.

4. KUMPULAN SASARAN

17 orang pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral yang terlibat mengajar kursus Pengajian Islam bagi Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan (Rujuk senarai berkelat).

5. TARIKH

Kursus ini telah diadakan pada tarikh 3 – 4 Ogos 2010.

6. MASA

Masa kursus bermula jam 0800 hingga 1700 setiap hari berkenaan.

7. TEMPAT

Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan.

8. URUSETIA

Pengerusi: Tuan Haji Ismail Abd Rahman
Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral
Penyelaras: Ustaz Md Zuki Bin Hashim ( 019-4813565 )
Bendahari: Dr. Ridhuan Bin Ahmad

9. JADUAL KURSUS

Tarikh: 3 Ogos 2010

0800 – 0900 Pendaftaran dan taklimat Urusetia
0900 – 1000 Membina laman blog persendirian
1000 – 1030 Rehat/ Kudapan
1030 – 1130 Aplikasi penukaran format fail
1130 – 1230 Aplikasi storan
1230 – 1400 Rehat/ Mtelah tengahari/ Solat
1400 – 1700 Bengkel memuatnaik bahan ke laman blog

Tarikh: 4 Ogos 2010

0800 – 1000 Mengemaskini laman blog
1000 – 1030 Rehat/ Kudapan
1030 – 1230 Pembentangan hasil rekaan laman blog
1230 – 1400 Rehat/ Mtelah tengahari/ Solat
1400 – 1600 Pembentangan hasil rekaan laman blog (Sambungan)
1600 – 1700 Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Jabatan JAPIM, Tuan Haji Ismail Bin Haji Abd Rahman.

10. PERBELANJAAN

Perbelanjaan makan dan minum sepanjang kursus ini telah ditanggung oleh para peserta sendiri kerana pihak IPG masih dalam tempoh penjimatan dan tiada peruntukan kewangan disediakan untuk LPS. Perbelanjaan makan dan minum bagi kursus ialah RM .

11. PENUTUP

Semoga kursus yang telah dijalankan ini telah mendatangkan manfaat kepada para pensyarah dan dapat membantu usaha untuk mengkomunikasi bahan-bahan pengajaran kepada para pelajar sasaran. Begitu juga para pelajar telah memperolehi manfaat daripada kursus ini melalui kemudahan mengakses maklumat yang berkaitan dengan topik pembelajaran dan skop tugasan mereka.

Diseditelah oleh,

MD ZUKI BIN HASHIM
Penyelaras Kursus.

Senarai Peserta / Urusetia / Fasilitator

Senarai Urusetia
1 TUAN HAJI ISMAIL BIN ABD RAHMAN Ketua Jabatan/ Pwngerusi
2 USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM Penyelaras/ Peserta
3 DR RIDHUAN BIN AHMAD Bendahari/ Peserta

Senarai Peserta
1 PUAN HAJJAH AFIFAH BINTI ABU BAKAR
2 TUAN ISMAIL BIN MAT LUDIN
3 TUAN HAJI WAN MOHD BADRUDDIN BIN ABD RAHMAN
4 TUAN HAJI HASANALDIN BIN SAIDON
5 TUAN HAJI YAHAYA BIN ABDULLAH
6 TUAN HAJI AZMI BIN KAMIS
7 TUAN HAJI HARON BIN ISMAIL
8 PUAN SHABIBAH BINTI SHAUFIT AFFANDI
9 PUAN SAADIAH BINTI HARON
10 TUAN HAJI MOHD SHUKRI BIN AHMAD
11 USTAZ JAMI BIN MD ISA
12 TUAN HAJI ISHAK BIN ABD MANAF

Senarai Fasilitator
1 ENCIK EMRAN BIN JTM
2 ENCIK HASNUL HISHAM BIN HASHIM JTM

NAMA & ALAMAT BLOG SETIAP PESERTA

1 TUAN HAJI ISMAIL BIN ABD RAHMAN
FIQHUL TARANNUM http://fiqhutaranum.blogspot.com/

2 USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
FIQHUL HADHARAH http://fiqhulhadharah.blogspot.com/

3 DR RIDHUAN BIN AHMAD
FIQHUL AQIDAH http://fiqhulaqidah.blogspot.com/

4 PUAN HAJJAH AFIFAH BINTI ABU BAKAR
FIQHUL KHAT http://fathulkhat.blogspot.com/

5 TUAN ISMAIL BIN MAT LUDIN
FIQHUL QURAN http://fiqhulqurani.blogspot.com/

6 TUAN HAJI WAN MOHD BADRUDDIN BIN ABD RAHMAN
FIQHUL ARABIYAT http://fiqhularabiyat.blogspot.com/

7 TUAN HAJI HASANALDIN BIN SAIDON
FIQHUL DAULAH http://.blogspot.com/

8 TUAN HAJI YAHAYA BIN ABDULLAH
FIQHUL ISLAMIYAH http://fiqhulislamiyah.blogspot.com/

9 TUAN HAJI AZMI BIN KAMIS
FIQHUL IBADAH http://fiqhulibadah.blogspot.com/

10 TUAN HAJI HARON BIN ISMAIL
FIQHUL MADANIYAT http://.blogspot.com/

11 PUAN SHABIBAH BINTI SHAUFIT AFFANDI
FIQHUL THAQAFAH http://fathulthaqafah.blogspot.com/

12 PUAN SAADIAH BINTI HARON
FIQHUL RASM http://fiqhulrasmuthmani.blogspot.com/

13 TUAN HAJI MOHD SHUKRI BIN AHMAD
FIQHUL AKHLAK http://fiqhulakhlak.blogspot.com/

14 USTAZ JAMI BIN MD ISA
FIQHUL JUMLAH http://fiqhuljumlah.blogspot.com/

15 TUAN HAJI ISHAK BIN ABD MANAF
FIQHUL SUNNAH http://ibmksah.blogspot.com/

Peringatan kepada para peserta:

1. Namakan blog anda yang bersesuaian dengan bidang yang diajar.
2. Sediakan bahan pengajaran untuk tujuan muatnaik ke blog.
3. Gunakan password yang biasa digunakan dan mudah diingat. Catatlah password di buku catatan anda supaya senang mengaksesnya jika perlu.

BAHAN EDARAN:
1. Jadual Kursus
2. Tutorial mengurus laman blog

2 comments:

  1. salam admin........
    salam ustaz zuki..........

    blog nie dah elok...tahniah
    cuma ada cadangan dari ana....
    ujudkan sisipan sejarah jabatan...cari bahan yg sesuai...masukan...
    ana rasa tak dak lagi dlm 10 jbt di ipsah tu yg buat benda nie.....kalau enta buat kira cun laa.........
    clip dan gmbaq yg lama tu masukan balik...jngn delete buang............
    nie dok tengok orang yg dah pencen...dah tak dak dah.........jngn lagu tu........

    salam kat semua kwn-kwn terutama MB.....
    ada makna tu.........

    ReplyDelete
  2. sapa dok jaga blog nie daa......
    tak dak berita baru sheh......!!!!

    ReplyDelete