Friday, February 17, 2012

Bilangan waktu mengajar GDL j-QAF Ambilan Jan 2012

Assalamualaikum,
Pihak JAPIM telah menerima beberapa pertanyaan melalui telefon, sms dan emel tentang bilangan waktu mengajar GDL j-QAF Ambilan Januari 2012 terutama bagi sekolah-sekolah yang baru pertama kali menerima guru j-QAF.

Suka dimaklumkan bahawa bilangan waktu mengajar tiada sebarang ketetapan di peringkat IPG, ia tertakluk kepada peraturan semasa yang berkuatkuasa di sekolah, ia adalah bidang kuasa Guru Besar. Lazimnya jumlah waktu mengajar guru di sekolah sekitar 24 hingga 28 waktu seminggu. 

Manakala semasa tempoh praktikum selama 12 minggu pada semester pertama 2013, kemungkinan berbeza sedikit. Bagi memenuhi keperluan praktikum, pihak IPG menetapkan jumlah waktu mengajar dicadangkan 10 waktu sahaja iaitu lapan waktu untuk mata pelajaran major dan dua waktu untuk mata pelajaran minor. Kemungkinan pihak sekolah mengarahkan anda mengajar melebihi jumlah waktu tersebut, maka akurlah dengan kehendak pihak sekolah. Namun untuk tujuan praktikum, anda perlu menyatakan 10 waktu sahaja untuk tujuan penyeliaan, manakala bakinya tidak dizahirkan dalam jadual yang dihantar kepada penyelia. Namun begitu anda boleh menggunakan kuasa hubungan untuk meminta belas ihsan pihak sekolah supaya mengarahkan anda mengajar hanya 10 atau 12 masa sahaja.

Semoga anda menjadi guru yang bekerja dengan cemerlang. Ciri guru cemerlang ialah tidak banyak kerenah sebagaimana Rasulullah tidak merungut masinnya lauk yang disediakan oleh isterinya baginda.

No comments:

Post a Comment