Friday, February 17, 2012

Mengajar KBSR atau KSSR?

Pihak JAPIM juga menerima beberapa pertanyaan tentang pilihan kurikulum yang hendak diajar di sekolah sama ada KBSR ( tahap 2 ) atau KSSR ( tahap  1 ).

Suka dimaklumkan bahawa segalanya terserah kepada pihak sekolah untuk menugaskan anda mengajar mana-mana kurikulum.

Namun begitu, anda perlu menggunakan kuasa hubungan anda untuk memohon jasa baik pihak sekolah untuk mengajar kurikulum KBSR supaya anda dapat menyesuaikan diri dengan keperluan praktikum nanti.

Semasa praktikum pada semester 1 2013 nanti terdapat dua andaian:

  1. Anda mengajar kurikulum KSSR. Implikasinya nanti anda kemungkinan terpaksa menyediakan dua RPH iaitu RPH untuk KSSR dan RPH praktikum. Kedua-duanya terpaksa disediakan kerana kedua-duanya ada penyeliaan yang ketat iaitu penyeliaan PPD dan JPN bagi KSSR dan penyeliaan pensyarah untuk keperluan latihan keguruan. Pihak IPG belum lagi mengadakan kolaborasi dan penyesuaian RPH latihan dengan RPH KSSR. Keperluan RPH praktikum didasarkan kepada keperluan melatih Guru Pelatih mengayati aliran proses pengajaran dan pembelajaran.  Apabila anda menamatkan sesi praktikum nanti, anda mungkin menulis RPH hanya beberapa baris sahaja dalam Buku Rekod Pengajaran, tetapi dalam minda anda ia diterjemahkan seperti RPH semasa praktikum.
  2. Anda mengajar kurikulum KBSR. Kebaikannya ialah anda hanya perlu menulis RPH untuk praktikum sahaja.  Selalunya pihak sekolah akan menerima RPH praktikum sebagai RPH Rekod Pengajaran anda. Kebaikan kedua, anda perlu guna kuasa hubungan untuk memohon jasa baik Ketua Panitia dan pihak sekolah untuk mengajar kelas yang dijangka anda akan mengajar semasa praktikum nanti.  Dengan cara ini, anda sudah boleh menyediakan BBM pada tahun ini untuk kelas praktikum pada tahun hadapan.
Semoga anda dapat memanfaatkan kuasa hubungan anda secara profesional dan berkesan.

1 comment:

  1. adakah guru jQaf ini adalah guru pemulihan quran?.. kalau betul, maka guru jQaf tidak dapat mengikut sukatan pengajaran yg ditetapkan setiap minggu..

    ReplyDelete