1.0 Pengenalan
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat mulia dalam kalendar hidup umat islam. Dipenuhi makrifat dan keberkatan, bulan ini sangat ditunggu-tunggu oleh setiap individu mukmin. Amalan-amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan adalah berlipat kali ganda balasannya berbanding bulan-bulan yang lain. Oleh yang demikian, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sesuai untuk umat Islam membina jati diri yang mulia berbekalkan akhlak yang terpuji dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Firman Allah S.W.T :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥)
“(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” (Al-Baqarah: 185)
Seluruh umat Islam di atas muka bumi ini dituntut untuk memuliakan dan juga menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah ini untuk mencapai kedudukan yang tinggi dan terpuji di sisi Allah dan juga menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan juga di akhirat. Oleh itu, program Ihya’ Ramadhan kali ini diharapkan dapat menjadi wasilah bagi warga IPG KSAH bagi melatih diri untuk menjadi individu mukmin yang bertakwa.
2.0 Objektif
2.1 Menghayati bulan yang penuh barakah dan mengambil peluang untuk mempertingkatkan amal ibadah dan kebajikan
2.2 Memupuk semangat kerjasama antara guru pelatih
2.3 Mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru pelatih muslim dengan berbuka bersama-sama
3.0 Cadangan Program
3.1 Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan (Ahad 31 Julai 2011 / 29 Syaaban 1432H)
3.2 Berbuka Puasa dan Jamuan Moreh sepanjang Ramadan
3.3 Solat Terawih Berjemaah
3.4 Tadarus Al-Quran
3.5 Qiamullail Perdana
3.6 Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat IPG KSAH ( Selasa 23 Ogos 2011 / 23 Ramadhan 1432H)
3.7 Ceramah Nuzul Quran (Selasa 23 Ogos 2011 / 23 Ramadhan 1432H)
3.8 Majlis Khatam Al-Quran (Selasa 23 Ogos 2011 / 23 Ramadhan 1432H)
4.0 Anjuran
4.1 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)
4.2 Badan Dakwah Dan Surau (BADAS)
4.3 Biro Kecemerlangan Sahsiah Perguruan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
5.0 Penyertaan
Pensyarah, staf sokongan serta guru pelatih muslim dan muslimat IPG KSAH.
6.0 Organisasi Program
6.1 Jawatankuasa Induk
Penaung
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
Penasihat
Tuan Haji Sobri bin Saad
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
Pengerusi
Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman
Ketua Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM)
Timbalan Pengerusi
Ustaz Wan Mohd Badruddin bin Abdul Rahman
Penasihat Badan Dakwah Dan Surau
Setiausaha
Dr. Abd. Rahman bin Abdullah
Penasihat Badan Dakwah Dan Surau
Bendahari
Dr. Ridzuan bin Ahmad
Ahli Jawatankuasa
Penyelaras Pelancaran Program Perasmian Ihya’ Ramadan
Ustaz Zuki bin Hashim
Penyelaras Program Majlis Berbuka Puasa Perdana
Ustaz Jazmi bin Md Isa
Penyelaras Program Nuzul Quran
Ustaz Ishak bin Abdul Manaf
Penyelaras Majlis Khatam Al-Quran
YBhg. Datuk Hj. Harun Ismail
Penyelaras Jamuan Iftar Perdana
Ustazah Afifah binti Abu Bakar
Jemputan
Ustaz Ismail bin Mat Ludin
Peralatan
Ustaz Azmi bin Kamis
Hadiah Dan Cenderamata
Puan Hajah Shabibah binti Shaufit Affandi
Puan Hajah Saadiah binti Hj. Haron
Penyediaan Tempat
Ustaz Shukri bin Ahmad
Dokumentasi
Ustazah Jazilah binti Mohd. Isa
6.2 Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi
Nik Mohd Fahmi b. Nik Harun Aminarrashed
Timbalan Pengerusi I
Mohd Fakhruddin b. Mohd Zamani
Timbalan Pengerusi II
Nur Razan binti Mansor
Setiausaha
Muhammad Faiezzullah b. Shaari
Naib Setiausaha
Nurul Hidayah Binti Muktar
Bendahari
Mohd Jamil bin Che Nawi
Naib Bendahari
Syazwani Bt Mohamad
Ahli Jawatankuasa
Makanan
Lajnah Manna Wa Salwa
Jemputan
Lajnah Kecemerlangan Fizikal
Protokol Majlis/Majlis Khatam Al-Quran
Lajnah Sekretariat Pembangunan Modal Insan / Lajnah Mahabbah
Penyambut Tetamu
Majlis Tertinggi Dan Lajnah Keusahawanan
Peralatan
Lajnah Kebajikan Dan Pengurusan
Hadiah Dan Cenderamata
Lajnah Helwani
Penyediaan Tempat
Lajnah Seni Budaya Islam
Dokumentasi
Lajnah Penerbitan Dan Informasi
7.0 Atur Acara Majlis
7.1 Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan (Tapak Perhimpunan)
7.00 pagi : Pensyarah dan guru pelatih mengambil tempat di Perhimpunan Mingguan
7.30 pagi : Perhimpunan dimulakan
• Nyanyian Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institut
• Bacaan doa
• Ucapan pensyarah bertugas
8.00 pagi : Ucapan perasmian Ihya’ Ramadhan dan simbolik perasmian
8.30 pagi : Majlis bersurai
7.2 Majlis Berbuka Puasa Harian
7.00 malam: Persiapan Untuk Berbuka
7.20 malam: Majlis Berbuka Puasa (Jamuan Ringkas)
7.30 malam: Solat Maghrib Berjamaah
7.50 malam: Sambungan Majlis Berbuka (Jamuan Makan Malam)
8.30 malam: Solat Isyak Berjamaah
8.50 malam: Solat Terawih Berjamaah dan Tazkirah ringkas.
10.45 malam: Jamuan Moreh
11.15 malam: Bersurai
7.3 Majlis Berbuka Puasa Perdana (Peringkat Institut)
6.00 petang: Persiapan Untuk Berbuka
7.20 malam: Majlis Berbuka Puasa (Jamuan Ringkas)
7.30 malam: Solat Maghrib Berjamaah
7.50 malam: Sambungan Majlis Berbuka (Jamuan Makan Malam)
8.30 malam: Solat Isyak Berjamaah
8.50 malam: Solat Terawih Berjamaah
9.45 malam: Ucapan Timbalan Pengarah IPG KSAH
10.00 malam: Sesi Ceramah Nuzul Quran
10.45 malam: Jamuan Moreh
11.15 malam: Bersurai
7.4 Majlis Khatam Al-Quran
5.30 petang: Majlis Khatam Al- Quran bermula
6.45 petang: Doa Khatam Al-Quran
7.00 malam: Persiapan Untuk Berbuka
7.20 malam: Majlis Berbuka Puasa (Jamuan Ringkas)
7.30 malam: Solat Maghrib Berjamaah
7.50 malam: Sambungan Majlis Berbuka (Jamuan Makan Malam)
8.30 malam: Solat Isyak Berjamaah
8.50 malam: Solat Terawih Berjamaah
10.45 malam: Jamuan Moreh
11.15 malam: Bersurai